berita

Gosip Miera Liyana – Fauzi Nawawi Pegang Tangan Bikin Lisdawati Terluka

October 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-20 at 10.55.38 AM

Belum lagi reda kisah adegan berbikini di hadapan Fizz Fairuz dalam filem ‘Dendam Orang Mati’, kini nama Miera Liyana sekali lagi panas di dada-dada akhbar.

Tapi, hati mana yang tak terluka jika suami yang disanjungi digosip bercinta dengan gadis yang lebih kurang umurnya dengan usia anak kan?

Ceritanya macam ni. Baru-baru ni, sebuah ruangan gosip mendakwa bahawa Miera dan Fauzi dilihat berpegangan tangan seperti pasangan kekasih.

Screen Shot 2014-10-20 at 11.02.23 AM

Fauzi Nawawi & Miera Liyana dikatakan sedang hangat bercinta

“Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka.

Sebelum ini saya pernah bercakap; ‘Bertuah sangat kalau Leyana tu nak bagi pegang tangan’ pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalah ertikan. Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih.”

Menurut laporan mStar Online lagi, Fauzi bagaimanapun simpati atas nasib yang menimpa Miera yang sejak akhir-akhir ni sering kali dilanda kontroversi.

“Macam saya… sudah ‘kebal’ dengan gosip seperti ini. Datanglah macam mana sekalipun kontroversi itu, Insya-Allah saya boleh terimanya dan keluarga saya utamakan dahulu. Tetapi kasihanlah pada dia (Miera). Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam.”

Kredit foto: Instagram Lisdawati

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×