berita

Miera Liyana Ganti Lisa Teater Tun Siti Hasmah

November 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Miera Liyana bakal menguji keupayaannya dalam Pementasan semula teater Tun Siti Hasmah sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 . Bakat muda ini cuba serapi jiwa Tun Dr Siti Hasmah untuk persembahan khas bermula hari ini.

Menurut Erma Fatima, pememilihan Miera adalah untuk menggantikan Lisa Surihani bagi menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda. Lisa Surihani tidak dapat menyertai krew lain bagi projek pementasan semula Teater Tun Siti Hasmah kerana terikat dengan komitmen lain serta sudah merancang percutian lebih awal.

Teater itu yang akan dipentaskan semula di Istana Budaya mulai esok hingga Isnin depan, cukup dinantikan Miera yang tampil menyahut cabaran Erma sekalipun perlu menjiwai watak dan semangat Dr Siti Hasmah dalam tempoh singkat.

“Bagi Miera, ini satu peluang keemasan yang mungkin datang sekali seumur hidup,” Miera Liyana, selaku pemegang watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda pada pementasan kali ini.

Teater terbitan World Islamic Network Television Sdn Bhd yang diterajui Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan disokong isterinya, Datin Paduka Umie Aida masih mengekalkan barisan pelakon sama antaranya Eja, Esma Daniel dan Nazim Othman.

Bagi persembahan pada jam 3 petang, Sabtu ini, World Islamic Network Television Sdn Bhd akan menyumbang sepenuhnya kutipan jualan tiket bagi membantu umat Islam di Palestin.

Untuk urusan tiket, hubungi Box-Office (03- 40265558) atau layari www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my. Lokasi pementasan masih sama di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×