berita

A Million Ways To Die In The West Lari Dari Konsep Koboi Tipikal. Lawak Gila!

June 17th, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

a-million-ways-to-die-in-the-west-poster

Dikejar penjenayah, diserang pemabuk, diugut pelacur, dimakan haiwan pemangsa, kawasan persekitaran yang kotor, penyakit kritikal dan kecaman dari puak natif Amerika antara beberapa faktor utama penyebab kematian di Barat Amerika.

Paling best, langsung tak ada orang kisah tentang siapa yang mati. Sedangkan, mayat Datuk Bandar pun terbiar dihurung lalat di tepi bar sebelum menjadi makanan haiwan liar.

Bunyi macam mengerikan? Memang pun, tapi kudos kepada pengarah A Million Ways To Die In The West iaitu Seth MacFarlane yang berjaya menyuntik elemen jenaka di dalam karya terbarunya. Kalau tak, pastinya filem ini dilabel genre berbeza dan agak berat untuk ditayangkan.

million-ways-to-die-in-the-west-seth-macfarlane-charlize-theron-636-380

Secara jujurnya, AMWTDITW tidak digemari oleh ramai pengkritik filem kerana garapannya yang lemah dan kurang menyengat tak seperti filem debut Seth berjudul Ted yang ditayangkan pada 2012.

Tetapi, sebagai seorang moviegoer yang tidak meletakkan harapan tinggi sewaktu menontonnya tempoh hari, penulis rasakan filem ini boleh dikategorikan sebagai tak-rugi-untuk-ditonton. Kenapa?

Kerana lawak-lawak yang diselitkan di dalamnya sangat bersahaja. Selalu juga kita menonton filem-filem antarabangsa bergenre komedi tetapi lawak mereka agak sukar difahami walaupun si pelakon dah gelak berdekah-dekah, betul tak?

Berbeza dengan filem ini, penulis beberapa kali ketawa melihat babak-babak yang mencuit hati. Adegannya simple sahaja tanpa perlu mencuba berlebih-lebihan.

million-ways-to-die-in-the-west-seth-macfarlane-01-636-380

Contohnya sewaktu Anna (Charlize Theron) mengajar Albert menembak tetapi semua sasarannya tak mengena hinggalah Albert bengang dan menolak sendiri botol-botol yang disusun sebagai sasaran.

Filem yang berlatar masa pada tahun 1882 di Arizona ini mengisahkan tentang seorang penggembala kambing, Albert Stark (Seth MacFarlane) yang melalui pelbagai kesusahan dalam kehidupannya.

Dia ditinggalkan oleh kekasihnya, Louise (Amanda Seyfried) yang mengejar cinta lelaki kaya. Albert kemudiannya berdepan bahaya apabila dia bercinta pula dengan isteri kepada penjenayah terkenal.

Kerana takut diapa-apakan dan kecewa dengan Anna yang menyembunyikan statusnya, Albert melarikan diri dan meninggalkan kampung halaman hinggalah dia ditangkap oleh puak orang asli.

A-Million-Ways-to-Die-in-the-West-native-american

Tak sangka masih ada lagi lelaki loser seperti Albert. Semua tempat yang dia pergi pasti ada sahaja masalah yang menimpa. Tapi kalau nak tahu apa lagi yang berlaku, jangan lupa ke panggung wayang berdekatan, okay?

A Million Ways To Die In The West turut dibintangi oleh Neil Patrick Harris, Charlize Theron, Liam Neeson, Giovanni Ribisi dan Sarah Silverman.

SKIP THIS AD ×