Laman Utama » Antarabangsa

Musim F1 di Malaysia yang akan bermula pada 8-10 April ini membuatkan kami teruja untuk melihat sendiri Michael Schumacher & Nico beraksi memandu kereta Mercedes GP Petronas di litar Sepang. Hari Rabu lepas, kami berkesempatan berjumpa dengan Michael Schumacher & Nico dalam sesi meet & greet, sekitar pukul 4.30 pm.
Kami salam Schumacher kuat-kuat & berkata , “Schumacher, maybe kalau kita berlawan di atas litar, aku akan kalah. Tetapi kalau kita lawan di PS3, belum tentu tau siapa yang menang, okay! Kalau berani, jom sepam!” Ah, angan-angan sahaja.
Terkini, kami nak sampaikan berita gembira kepada peminat racing tanah air. PETRONAS Dagangan Berhad akan melancarkan minyak terbaru mereka yang diinspirasikan daripada teknologi F1 pada 10 April 2011(Ahad) ini.

Menurut Pengurus Besar Petronas Dagangan, Izuddin Husaini Mohd Yusof berkata, “Daripada ujikaji yang kami jalankan setakat ini, keputusan menunjukkan formula minyak kami dapat meningkatkan kuasa pecutan dan penjimatan dari segi jarak kilometer.”
Pihak R&D PETRONAS sudah melakukan ujikaji rawak terhadap 50 kenderaan melibatkan perjalanan melebihi 25 000km sejak 6 bulan yang lepas. Keputusan ujikaji jelas menunjukkan bahawa 90% daripada pengguna rawak memilih minyak terbaru yang memberikan lebih kilometer & lebih kuasa pecutan.
Berita gembira daripada PETRONAS ini bisa membuatkan para pengguna seperti anda berasa lega ekoran krisis minyak yang melanda seluruh dunia baru-baru ini. Kini, anda boleh memilih minyak baru PETRONAS bagi menikmati kuasa pecutan, serta penjimatan kilometer bagi setiap sen yang dikeluarkan.
Apa pun, kita nantikan sahaja debaran minyak baru PETRONAS pada 10 April 2011 ini. Sebentar tadi, kami terjumpa cabaran “Fuel Up Promo” yang dianjurkan oleh PETRONAS pada hari pelancaran bermula 5.30 petang sehingga 8.30 malam. Rasa macam misteri je sebab waktu pertandingan amat singkat.
Hadiah-hadiah misteri ditawarkan untuk peserta yang datang menyahut cabaran di stesen Petronas. Apa bentuk cabarannya, kita nantikan sahaja pada 10 April ini. Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke www.facebook.com/petronasbrands




mmg terbaik ar..
serius kena cuba product dari PETRONAS
yeke…asal aku pakai x jimat??? aku suke pakai shell plk…jimat….
aku smlm try pakai ron95 extra petronas ni…aku x nampak di mana penjimatannyer…sblm ni dr penang ke KL aku pakai ron95 shell pakai 3/4 tank jek…smlm aku try pakai ron95 extra petronas ni…lampu minyak siap menyala2 soh aku isi minyak…aku akan stick ngan shell lagi…x tau la plak kalu cara pemanduan aku mempengaruhi :)
Aku dari dulu pakai Shell jugak!
Ak da try n ternyata mmg save n power. bawak saga blm k. cume along the way xthn, tkan abih, tu yang abih cpat gak tu. haha. klau maintain 90-100, mmg cun r milage.
buat sume korang2….aku dr dulu guna shell ok
..tp membe aku gugel jumpe comparison minyak 95 terbaek adalah esso/mobil…kalo tak caya korang test laaa aku brani potong keybod aku hahaha…
cube korang gugel…RON95 terbaek adalah esso/mobil…Ron97 terbaek hanyalah dr SHELL hahahhaa….
cuba ESSO/MOBIL…korang akan berkata bijak laa abg laz ni hahahahha
petronas jual minyak substandard la..yg baik jual kat luar..better pakai esso mobil shell caltex..tertutama yg pakai kete auto..jgn la pakai petronas..
ron 97.. naik harga lagi…huhuhuhuh =P
minyak asek naik je cmne nih..