Laman Utama » Berita Terkini
Sebulan selepas bergelar pasangan suami isteri, Noh Salleh, atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan kini amat teruja apabila isterinya, Shazrina Azman (Mizz Nina) sudah mula memasak untuk hidangan mereka bersama. OHBULAN! sempat menemuramah Noh Hujan yang berseri wajahnya apabila menceritakan pengalamannya sebagai seorang suami.
“Best’lah sebab sekarang ada orang yang masak, ada orang tunggu. Dulu, sahur atau berbuka makan mana yang sempat je. Aku baru 3 hari balik daripada honeymoon. Sekarang, Mizz Nina sudah start masak, kacak!
“Setakat ini, Mizz Nina playsafe, masak yang simple-simple dulu. Antara lauk pauk yang dia masak seperti ayam kicap, ada sambal belacan & sebagainya. Ada yang terlebih masin, tapi okay lagi la,” jelas Noh Hujan sejurus selesai rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam, malam tadi.
Mengenai persiapan raya, Noh menyatakan mereka berdua akan menyambut hari raya di Kuala Lumpur, dan kemudiannya ke Miri & Kuching.
“Mengikut perancangan, aku & Mizz Nina akan menyambut hari raya pertama di Kuala Lumpur. Kemudian, kami akan mengambil penerbangan di tengah malam untuk ke Miri & Kuching pula. Setakat ini, kami belum mempunyai sebarang perancangan persiapan raya.
Noh sempat bercerita mengenai aktiviti seninya bersama Hujan selepas raya nanti. Dan pada masa yang sama, Noh juga bekerjasama dengan DJ popular tempatan untuk menghasilkan lagu baru Mizz Nina yang berentak elektro.
“Mengenai aktiviti band, Hujan akan mengadakan persembahan sempena Borneo Tour selepas raya nanti. Namun, tarikh yang spesifik masih belum diumumkan lagi.
“Aku ada produce lagu untuk Mizz Nina dengan kerjasama Goldfish & Blink. Malah, aku juga telah melancarkan hasil kolaborasi bersama DJs ini melalui lagu Bila Seharusnya, baru-baru ini.”





2 pon nk cite…entah hape2…..busan dgr cite NOH hUjan ne….xminat langsung…
mr. Mama : kalau tak minat, jangan baca. Senang aje kan. Nobody’s holding a gun to your head forcing you to read it.
orang lain minat
asal pakai aku? susah sangat ke nak copy paste over dengan saya? buat la sedap sikit orang nak baca
auk tek..udah jadi bini..kenak la masak nak.? ehehe..
kacak? xfaham la..kacak tu sama makna gan ape yer dalam penggunaan ayat d atas?
kacak..maksudnya best..
smoga berbahagia la mereka pun…huhuhu
regards,
hpmurah2u(info dan jual handphone online)
jom tgk2 blog sy..bookmark blog sy jika anda berkenan..tqtqtq
suke jek diorg ber-2 ni..
ape2 pon moga2 berkekalan…
alhamdulilah….istri yg bagus
betul! at least nampak effort dia nak masuk dpur..
sue…kacak tu CANTEK!!!! seri perckpan org melayu sarawak mmg gitu…aok bah!!!!org dah berbini kena ngan cara yak nak…..kacak!!!!
kuala lumpur Nama yang cantik Ditukar KUALA LUMPUT ;p ada kata atass tu.. hehe, jgn mare ye..
bagusla mizz nina..kene rajin masuk dapur. kene banyak try masakan yang ada. jgn masak tengok resipi sudah la…tp apasalah nya lelame t pandai la. bile dah muak makan cheese akhirnya carik belacan juga ko akhirnya..heheh
Suka hati dia la nak citer ape…klu x ske xyah baca..dia th 2xcited..maklum la bru menikah…
utk hubby2 yg bru khwn,cthi la si noh ni,mkn je pe yg isteri msk..msin ke,tawar ke,manis ke,pahit ke…beri la komen yg membina,lme2 nanti,mesti dia xpet msk…klu tgk bku resepi pn xde slh nye…dh xtau,blaja la…xkisah blaja dr sape @ dr ape…at least dia de inisiatif utk msk utk hubby dia….
hahah berani ko Noh kater masakan isteri ada yg masin kat interview heheheh… merajuk isteri karang :D
apapun, good for both of you… suami merasa air tgn isteri, isteri boleh tolong jimat belanja dapur drpd makan kat luar yg belum tentu sedap…. dan cara terbaik enjoy bulan ramadan kalu baru2 kawin hehehehe
Alhamdulillah… BarakAllahu Lakuma Wabaraka alaikuma