berita

Model Anak Tiga Bertumit Kasut Halus!

August 9th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Kelihatan cantik, menawan dan seksi merupakan idaman setiap wanita. Manakan tidak, ianya sedikit sebanyak memperlihatkan personaliti diri sebenar walaupun terpaksa menanggung kesakitan.

Kesakitan tumit tinggi halus bukanlah penghalang bagi Alex Gerrard atau lebih mesra dengan panggilan Alex.

Alex merupakan seorang model yang mempunyai 3 cahaya mata dan merupakan isteri kepada pemain bola sepak Liverpool terkenal iaitu Steven Gerrard, tampil hebat apabila bergaya.

Alex kelihatan seolah-olah sudah biasa dengan pemakaian kasut tumit tinggi halus yang dipadankan dengan seluar ‘leging PVC skintight’ disertakan dengan sehelai kemeja-T kelabu dan sehelai blazer hitam.

Alex tampil cantik dengan sedikit calitan mekap untuk tampak lebih dramatik dengan ikatan rambut ‘blonde’ yang sempurna.

SKIP THIS AD ×