berita

Monday Music : Muara Hati OST Drama Bersiri “Adam Dan Hawa”

September 3rd, 2012 | by Noraini Nasir | 2 comments
Kini Trending

Bermula 27 Ogos lalu, drama bersiri Adam dan Hawa, lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa telah mula ditayangkan di Saluran Astro Mustika (134). Drama bersiri ini merupakan sebuah karya yang diadaptasi daripada novel terlaris, Adam & Hawa nukilan penulis Aisha Sofea. Namun begitu, tahukah anda suara siapakah yang melantunkan lagu “Muara Hati” untuk soundtrack drama bersiri ini?

Untuk makluman, lagu Muara Hati merupakan gandingan mantap Hafiz AF7 dan juga Dato’ Siti Nurhaliza. Video klip rasmi Muara Hati telah mula di muat naik menerusi laman Youtube pada 17 Ogos lalu dan sehingga kini ia telah mencecah hampir 170,000 penonton.

Lagu Muara Hati merupakan hasil kreatif komposer terkenal Adi 6ixth Sense atau lebih dikenali sebagai Manusia Putih. Sebelum ini Manusia Putih pernah menghasilkan sebuah lagu yang berjudul Kisah Hati nyanyian Alyah.

Menerusi laman Mediasemasa.com, Manusia Putih telah melahirkan rasa terujanya kerana diberi peluang untuk menghasilkan lagu untuk Dato’ Siti Nurhaliza. Video klip Muara Hati merupakan sentuhan kreatif Ghaz Abu Bakar, iaitu  pengarah yang sama menghasilkan video klip lagu Kisah Hati sebelum ini.

Oleh itu, jom kita layan lagu Muara Hati ini!

2 Comments

  1. lisandra_juliette says:

    mmg best sangat,….terbaek…datuk siti yg makin tenggelam pon nyanyi lagu nih dah naik balik…harap2 masuk AJL…

    (0)
  2. Olga says:

    kenapa semua org nk lagu ni masuk AJL. kan siti dh kata dia x nak join AJL lagi.. lagu ni dh meletop pun dh cukop…

    (0)