berita

Monday Music : Najwa Latif Lancarkan Single Berunsur Ketuhanan, “AdaMu”

July 23rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, segmen Monday Music OHBULAN! minggu ini mempersembahkan untuk anda single terbaru dari Najwa Latiff yang berjudul “AdaMu”.

Single yang turut dilancarkan bersama muzik video rasmi ini adalah single pertama Najwa Latif yang berunsur ketuhanan. Jika sebelum ini lagunya yang berjudul “Kosong” telah mendapat kritikan ramai, OHBULAN! pasti lagu “AdaMu” ini akan menarik perhatian lebih ramai peminat lagi.

Muzik video yang baru dimuat-naik ke laman Youtube semenjak 3 hari yang lepas ini juga (20 Julai) telah menarik lebih 80,000 jumlah tontonan. Para peminat juga memberikan komen-komen yang positif berbanding dengan lagu-lagu Najwa Latif sebelum ini.

Nampaknya, semua orang sudah boleh menerima Najwa sedikit demi sedikit. Jujur kami katakan, lagu “Kosong” memang sedap didengar sebenarnya. Apa pun, mari kita tonton muzik video rasmi lagu “AdaMu” oleh Najwa Latif selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×