berita

Monday Music: Salwa Razak Mulakan Hidup Baru

October 14th, 2013 | by Ai
Video Popular

image (2)

Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Salwa Razak. Namun jika disebut Arrora Salwa, pasti ada sebilangan dari anda yang pernah mendengar lagu berjudul Ahmad nyanyiannya suatu ketika dulu.

Sejak kembali menggunakan nama sebenarnya, Salwa dilihat mahu tampil dengan personaliti yang berbeza melalui single terbaru bergenre balada.

Lagu yang diberi judul Hidup Baru itu sudah pun siap muzik videonya dan telah dilancarkan di YouTube sejak 11 Oktober yang lepas.

Berbeza dengan lagu sebelum ini yang lebih catchy, Salwa bagaimanapun berjaya menampilkan imej dan ton suara yang lebih matang melalui Hidup Baru.

Screen Shot 2013-10-14 at 14.17.18

Malah, gaya rambut pendek juga seakan sesuai dengan Salwa sekaligus membuatkan wajahnya nampak segar dan muda.

Untuk pengetahuan anda, Hidup Baru yang juga single ketiga dari Salwa dicipta sepenuhnya oleh komposer terkenal, Kunci Demak.

Bagi yang belum berkesempatan mendengar atau melihat MV tersebut, di sini OHBULAN! sertakan single terbaru Salwa untuk tontonan untuk anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×