berita

Mr Bean Sudah Peluk Agama Islam?

October 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Rowan Atkinson

Nampaknya berita mengenai salah seorang selebriti popular dari Britain bakal mengejutkan seluruh dunia dan juga peminatnya.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita, dilaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak Mr Bean iaitu Rowan Atkinson dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menerusi laporan yang diambil dari laman web Sadabladi.com, Rowan dipercayai terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim. 

Filem yang diarahkan oleh Nakoula Basseley Nakoula itu mengandungi fitnah dan isi cerita yang menghina Nabi Muhammad SAW. Ia sekaligus menimbulkan kontroversi di seluruh dunia sekitar tahun 2012.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu,

“‘Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan.” – dipetik dari Islampos.com

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini. Dan khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.

Kita nantikan sahaja berita penuh sensasi ini. Jika benar ia berlaku, maka seluruh industri hiburan barat bakal terkesima dengan berita ini.

SKIP THIS AD ×