berita

Anzalna Nafi Berhenti Berlakon Selepas Berkahwin

July 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ANZALNA-AKU-ISTERINYA-7

Rasanya korang semua mesti dah tahu yang hati pelakon jelita, Anzalna Nasir sudahpun dimiliki kan? Beruntung sungguh Hanif Zaki kerana berjaya menawan hati gadis pujaan ramai ini.

Namun, semalam, terkesima kami dibuatnya bila membaca sebuah laporan akhbar yang mengatakan kononnya Anzalna akan berhenti berlakon selepas berkahwin nanti. Biar betul?

Dek kerana itu, ramai peminat Anzalna yang terkejut, malah, ada yang memintanya untuk memikirkan semula keputusan yang diambil tersebut.

Screen-Shot-2014-02-18-at-4.23.08-PM-630x420

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya laporan tersebut tidak tepat sama sekali. Malalui laman Instagram milik Anzalna, dia telahpun memuat naik foto laporan akhbar tersebut untuk menerangkan perkara sebenar. Kami pun apa lagi, pantas je menelefon Anzalna untuk mendapatkan pengesahannya.

Screen Shot 2014-07-20 at 4.10.54 PM Screen Shot 2014-07-20 at 3.11.36 PM

Menurut pelakon drama ‘Aku Isterinya’ ini, dia memuat naik foto berkenaan bertujuan untuk memberitahu peminatnya supaya tidak salah anggap dan bukan berniat memalukan sesiapa.

Ya, dia ada WhatsApp saya untuk meminta gambar, tapi tak ada sebarang interview pun, saya cuma terkilan dengan penulisannya yang tak benar dan mengungkit perkara lama. Saya tak ada nak pangkah sesiapa, cuma membetulkan kenyataan sahaja.

Semua manusia melakukan kesilapan, saya bukan nak cari kesalahan orang, mana yang salah saya kena perbetulkan keadaan. Nanti kalau lepas berkahwin, saya tak berhenti orang akan cakap saya tipu pula.

Dah terlanjur bertanya tentang berhenti berlakon, kami pun tanyalah sekali betul atau tak pelakon jelita ini bakal menamatkan zaman bujangnya hujung tahun ini.

Nak berkahwin hujung tahun ini pun tak benar. Saya tak pernah cakap pun nak kahwin hujung tahun ini. Sebelum ni kan saya dah pernah beritahu kena tunggu family balik dari UK dahulu.

Screen Shot 2014-07-20 at 3.38.05 PM

Tak apalah Anzalna, dah nama pun selebriti, pasti ada sahaja berita yang akan keluar. Sama ada betul atau tidak Anzalna sudah pun jelaskan.

Kalau korang nak tahu, tahun ini Anzalna bakal beraya di UK selama 2 minggu bersama keluarganya disana. Tetapi, bagi yang merindui lakonan hebat gadis ini, jangan lupa tonton drama ‘Yang Mana Satu’ di TV3 Syawal nanti ya!

P/S: Tengok foto Anzalna melakukan aktiviti kebajikan, terserlah sifat penyayang dia. Alhamdulillah.

 

SKIP THIS AD ×