berita

Muatnaik Gambar Menikmati Hidangan Gajah, TMJ Jelaskan Hanya Sekadar Suka-Suka

May 23rd, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

tmj

Gambar yang telah dimuatnaik oleh facebook Johor Southern Tigers sejurus JDT menewaskan Pahang 6-0 cetus kontroversi dan ‘perang’ antara penyokong bola sepak terutama penyokong Pahang dan JDT.

Namun, ada yang mendakwa gambar yang menunjukkan TMJ seakan sedang menikmati hidangan gajah itu sama sekali tidak memprovok pihak lawan malah menjadi pemangkin semangat agar masing-masing memperbaiki kesilapan, bangkit dan bersaing secara sihat. Jom baca komen dan luahan hati TMJ pula.

Tiada apa-apa tujuan secara peribadi

Pelbagai reaksi diterima, namun Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui ia sekadar suka-suka untuk rakannya iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang.

“Tiada apa-apa tujuan secara peribadi,” jelas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penyiaran gambarnya diberi hidangan gajah.

Apabila kami kalah semua orang jadikan kami bahan jenaka

“Apabila ia berlaku kepada kami terutama apabila kami kalah, semua orang turut sama-sama bergabung dan menjadikan kami bahan jenaka mereka.

“Sehinggakan ada juga yang memijak bendera kami. Namun, apabila kami melakukan sedikit perang psikologi kepada mereka, semua orang tiba-tiba berubah menjadi orang yang alim.”

Tapi apabila datang dari saya atau JDT semua orang menjadi sensitif

“Apabila ia datang daripada saya atau JDT, sesetengah orang menjadi terlalu sensitif. Saya tidak tahu mengapa.

Mungkin kerana teman wanita mereka mahu merakamkan gambar bersama saya atau anak-anak mereka melihat saya sebagai seorang wira. Saya tidak tahu.

Apa-apa sahajalah,”

Semua individu dalam bola sepak adalah rakan, penyokong sahaja yang sentiasa bertelagah.

Mengakui dirinya seorang kompetitif, Tunku Ismail berkata, hakikatnya semua individu dalam bola sepak seperti presiden, pemilik, CEO, jurulatih, pemain dan kakitangan adalah rakan.

“Kami makan bersama-sama, kami saling berhubung, kami keluar bersama-sama dan sebagainya.

Ia berlaku di sini, di Eropah atau di negara lain.  Orang yang sentiasa bertelagah adalah penyokong.

“Itulah sebabnya kadang-kadang saya tidak faham. Ia kelakar,” katanya.

Beliau turut mengakui gembira dengan kejayaan skuad Harimau Selatan di Stadium Darul Makmur, Pahang.

Jatuh? Hari itu takkan terjadi kerana insan ini tidak mencuri wang rakyat & membunuh orang

Bagaimanapun katanya, JDT sekarang ini perlu tumpukan perhatian kepada persiapan pasukan untuk Piala AFC.

Selain itu, Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) itu turut mengulas komen yang dibuat sesetengah pihak, mengatakan berdoa tibanya hari untuk JDT ‘jatuh’.

“Sekarang, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda yang bijaksana.

Apakah maksud ‘jatuh’? Tidak memenangi trofi? Bukan wahai sahabatku.

Kejatuhan adalah apabila JDT gagal membayar gaji, padang tenggelam di dalam laut, stadium runtuh, tewas 12-0 setiap perlawanan, muflis ataupun pasukan ini sudah tidak wujud lagi.

“Hari itu tidak akan terjadi. Ini kerana insan ini tidak pernah curi wang rakyat dan membunuh orang.

Semua saya lakukan sejak hari pertama adalah bantu orang ramai dan menyatupadukan rakyat. Jadi saya tidak bimbang. ALLAH akan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Selamat menikmati hari yang indah,” katanya.

sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×