berita

Mufti Kata Konsert Yang Ditaja Syarikat Judi Itu Haram. So, Macam Mana?

September 18th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

concerts

Semalam kecoh dilaman sosial mengenai konsert seorang selebriti yang ditaja oleh sebuah syarikat judi terkenal. Yang peliknya, ada pula peminat selebriti tersebut yang tak kisah dengan perkara ini.

Setahu kami, masyarakat kita sensitif tentang perkara sebegini. Tapi entah kenapa bila tiba je pada si polan ini, semuanya elok saja, semua tak kisah.

Kalau ikut pemahaman kami, semua aktiviti seni yang ditaja oleh syarikat perjudian atau arak adalah aktiviti yang haram dan ditegah oleh agama Islam.

Datuk-Mohamad-Shukri-Mohamad1

Ni bukan kami memandai-mandai tau, mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sendiri yang memberitahu mStar Online ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut. Nak tahu apa komennya? Jom baca sini :

Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima.

Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram)

Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah

duit-bisnes

Haaa, mufti sendiri dah terangkan duduk perkara sebenar. Malah, beliau menasihatkan penyanyi tempatan berhati-hati medapat penaja kerana jika sumber haram, pendapatan pun haram.

Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak?

Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri

Jadi, sekarang macam mana? Kami taknak cakap banyak, tepuk dada tanya selera ya? Apapun, sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain.

SKIP THIS AD ×