berita

Mungkin Dah Tiba Masa Kamal Adli Berhenti Pujuk Intan Ladyana

September 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Preview-filem-Dampak-55-630x420

Rasanya satu Malaysia dah tahu bahawa percintaan pelakon manis Intan Ladyana dan Kamal Adli sudahpun berakhir. Tapi, baru-baru ini Kamal mengakui dia masih lagi berharap untuk meneruskan hubungan mereka.

Wah, nampaknya Kamal sendiri benar-benar terkesan dengan perpisahan ini. Namun, Intan tetap sama dengan keputusannya untuk tidak bercerita mengenai soal ini lagi.

Menurut laporan mStar Online, Intan berkata dia tak perlu bertemu dengan jejaka itu untuk berbincang mengenai mereka kerana.

Kamal-Adli-Terkejut-Tidak-Tahu-Sudah-Putus-Cinta-ROTIKAYA-700x431

Saya rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ia sudah dibuat sebelum kami putus. Nak ikutkan… saya dah malas nak cakap tentang perkara ini kerana ia sudah pun selesai.

Tak payahlah saya nak menjaja cerita tentang cinta yang tidak kesampaian ini, bukannya orang suka dengar pun. Perkara ini melibatkan saya dan dia, jadi biarlah kami sahaja yang tahu sebab-sebab hubungan ini putus.

Hmm, tak apalah dik non, nak buat macam mana kan? Soal hati dan perasaan ni bukan boleh dipaksa-paksa. Anggap jelah dah tak ada jodoh.

Kita sebagai pemerhati luar ni, doakanlah yang terbaik buat Intan dan Kamal. Semoga mereka bertemu jodoh dengan pasnagan hidup masing-masing.

Apapun, kami nak tuju lagu untuk pembaca setia kami, selamat mendengar dan menonton :)

Kredit Foto : Instagram Intan Ladyana

SKIP THIS AD ×