Laman Utama » Berita Terkini

Kami akui, sedikit terlambat menulis entri baru berkenaan mereka. Biasa’lah, hujung minggu kami dipenuhi dengan jemputan perkahwinan, terlampau kenyang sampai malas nak update.

Puteri Lily, isteri baru yang muda & cantik empunya diri Aziz M Osman ini telah diserang dengan rompakan bersenjata tempoh hari. Pada masa itu, Puteri Lily yang memandu BMW Z4 sedang mengekori suami’nya yang memandu Serena menuju ke pejabat mereka di Kota Damansara.

Ketika berhenti di persimpangan, dua lelaki bermotosikal mendekati kereta’nya dan memecahkan tingkap cermin kereta. Perompak berkenaan mengacukan pistol tepat ke kepala Puteri Lily dan merampas beg tangan’nya. Dikatakan, mereka turut membawa senjata lain seperti pedang samurai.

Puteri Lily kehilangan wang tunai Rm1000 serta beberapa dokumen penting yang lain. Insiden tersebut menyebabkan Puteri Lily mengalami trauma dan acap kali pengsan ketika membuat laporan polis.

Ini kisah Ainul Aishah pula.

Kerana lalai, Ainul Aishah turut dirompak ketika berhenti di persimpangan jalan. Al-kisahnya, Ainul membuka tingkap kereta kerana ingin memaklumkan kepada bapa’nya yang memandu kereta lain agar membuat pusingan U. Sebuah motosikal yang dipercayai mat rempit dengan pantas meragut beg tangan’ny yang berada di kerusi bersebelahan.

Sedikit loser buat si peragut, beg tangan Ainul mengandungi Rm20 serta beberapa dokumen penting.

Kalau diperhatikan, modus operandi kedua-dua kes ini hampir sama, iaitu meragut beg ketika kereta berhenti di persimpangan jalan. Buat anda, sila berhati-hati.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Fasha Sandha Disahkan Hamil