berita

MV Baru Hafiz Suip Tak Cukup Menyengat, Apa Yang Kurang?

April 16th, 2014 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2014-04-16 at 15.08.45

Pada 13 April lalu, sebuah muzik video untuk lagu baru Hafiz Suip berjudul Kesimpulan telah dilancarkan di laman YouTube untuk tatapan peminat.

Bagi yang pernah mendengar lagu tersebut, pastinya membayangkan garapan kisah menarik untuk ditonton menerusi MV, namun apa yang dihasilkan dilihat seperti tidak kena dengan konsep.

Apatah lagi, nama Hafiz bukan lagi calang-calang di dalam industri hiburan tempatan. Jadi, adakah mustahil untuk peminat mengharapkan hasil hebat yang setimpal dengan bakat penyanyi tersebut?

Screen Shot 2014-04-16 at 15.10.51

Dari apa yang diperhatikan, penonton seolah-olah sukar untuk memahami keseluruhan jalan cerita berdasarkan kepada rakaman video berdurasi 4:01 saat itu.

Sekali imbas memang dapat diteka bahawa watak Hafiz di dalam MV tersebut adalah sebagai seorang lelaki yang hajatnya tidak kesampaian untuk mengahwini wanita dicintai.

Namun jika dihayati, tidak ada satu babak yang menceritakan sebab sebenar mengapa Hafiz merana dan apa yang dipaparkan bagaikan tidak jelas.

Screen Shot 2014-04-16 at 15.11.31

Boleh dikatakan hampir 80% intipati MV tersebut memaparkan adegan Hafiz sedang menyanyi dalam keadaan sedih sambil diselitkan serba sedikit babak percintaan antara seorang lelaki lain dengan wanita pujaan Hafiz yang dilakonkan oleh Wan Sharmila.

Tidak dapat dinafikan, teknik sinematografi dan suntingan juga memainkan peranan penting dalam penghasilan sesebuah video yang boleh menarik perhatian penonton sekelip mata.

Bagaimanapun, ini hanyalah sekadar pendapat kami. Mungkin Hafiz dan produksi yang bertanggungjawab menghasilkan MV ini berpegang kepada sebaris lirik dalam lagu berkenaan yang berbunyi, ‘Kesimpulan yang tak nampak’ bagi membuatkan penonton tertanya-tanya.

Kalau anda belum berkesempatan menonton MV Kesimpulan, apa kata luangkan masa sejenak untuk menghayatinya di bawah ini.

http://www.youtube.com/watch?v=qpRSu8t_oyo

SKIP THIS AD ×