berita

Nabil Ahmad Habiskan RM22k Untuk Berbadan Sado

May 26th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

NabilSado

Sebelum ni Nabil mengejutkan ramai orang dengan imej barunya yang berbadan sado. Apa yang buat kami terkedu bila dia beritahu yang dia menghabiskan RM 22 k dalam masa dua bulan!

Artikel Berkaitan: Korang Takkan Percaya Dengan Perubahan Fizikal Mendadak Nabil Ahmad Ni

Biar betul, banyak tu sanggup habiskan banyak tu semata-mata nak jadi sado, ni baru je dua bulan kalau setahun agak-agak berapa lah yang dia dah habiskan. Tapi hasilnya korang tengok lah.

Nampak Besar Jumlahnya Tapi Agak Berbaloi

NabilSado

Menerusi mStar Online, Nabil jelaskan bahawa jumlah itu agak besar namun ia sangat berbaloi.

Nampak besar jumlahnya tetapi ia sangat berbaloi apabila melihat hasilnya. Jika dahulu berat saya 74 kilogram (kg), kini sudah naik kepada 88 kg.Tujuan saya mahu mengubah imej adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bekerja di luar mahupun di pentas hiburan selain atas sebab perniagaan. Alhamdulillah, isteri saya turut memberi sokongan untuk melihat perubahan ini.

Tambahnya itu bukan niat dia untuk tayang badan cuma disebabkan gambar itu dimuatnaik oleh jurulatih dia sendiri yang menjadi punca gambar tu tersebar.

Saya bukan sengaja nak tayang badan, cuma foto itu tersebar kerana ia dimuat naik oleh jurularih peribadi saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah memuat naik foto seperti itu. Apa-apapun saya tidak akan topless (tidak berbaju) dengan sengaja untuk menayang badan seperti kebanyakan lelaki lain melainkan ada sebab-sebab tertentu,”

Kami salute dengan pendirian Nabil, sepatutnya kita semua perlu contohi dengan tindakan Nabil ni, bukan kena habiskan RM 22k nak jadi sado, tapi untuk amalkan gaya sihat dan mingkatkan keyakinan diri kita.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×