Laman Utama » Berita Terkini

BiPop melaporkan, kehadiran seorang gadis memakai boxer dan T-Shirt tanpa bra di dalam kondominium milik Nabil merupakan punca utama kisah putus cinta mereka berdua. Hancur luluh hati Irma bila menerjah rumah Nabil, melihat seorang pramugari seksi berada disamping kekasihnya. Bukan apa, sekali imbas bermacam-macam andaian yang boleh timbul, tambahan lagi dalam situasi yang mencurigakan.

Al-kisah pramugari seksi itu dinafikan oleh Nabil dengan berkata bahawa beliau bersama Reza ketika itu, tidak pasti Reza itu berjantina lelaki atau pun perempuan.

Irma pula, dalam nada sebak berkata dia sudah hampir sebulan tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Nabil, walaupun sudah 3 tahun bercinta dan pernah dilanda pelbagai kontroversi, namun segalanya sudah berakhir.

Nabil pula, menafikan kenyataan Irma dan menganggap semua itu fitnah semata-mata, malah menegaskan Irma masih kekasih hati, dan dalam hubungan cinta.

Huh, kami pun tidak faham siapa yang cakap putar belit sekarang.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

6 Foto ‘Honeymoon’ Terbaru Fasha Sandha & Jejai