berita

Selepas Kisah BMW X6 Tersebar, Che Ta Dedah Anak Risau Dirinya Diculik

April 18th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

event M STAR-48

Sekitar minggu lalu, OHBULAN! ada memaparkan mengenai berita Anak kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan bakal menerima sebuah kenderaan mewah sebagai hadiah diatas kejayaannya yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

Namun, rata-rata peminat tidak bersetuju dengan tindakan Che Ta dan menyifatkan wanita ini terlalu memanjakan anaknya dan terlampau menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.

Bagaimanapun, Che Ta ketika ditemui di majlis perlancaran wajah baru mStar Online berkata, tidak terlintas dihatinya untuk riak dan menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki.

event M STAR-50

Malah, Che Ta menjelaskan dia hanya menjawab pertanyaan rakan wartawan yang bertanya mengenai hadiah yang bakal diberi kepada anaknya nanti.

Saya tak ada nak menunjuk-nunjuk, orang yang buat cerita dan nampak seperti saya yang nak menunjuk-nunjuk. Bila orang tanya betul ke nak bagi anak kereta, saya jawab ya. Bukan nak heboh ke apa, diorang yang besarkan isu ini, jadi nampaklah seperti riak.

Bila jadi macam ni, saya tak nak dah cakap pasal kereta ni. Memang kami xnak bagitahu, dia (Amar) pun ada cakap kalau mami dok cerita nanti ada penjenayah dok culik mami macam mana?

Jelas pelakon drama ‘Kiah Pekasam’ ini, hadiah yang diberi sebagai tanda penghargaan kepada anaknya sebagai galakkan dan pendorong untuk lebih maju dalam pelajaran.

Sebenarnya benda tu biasa saja, ramai orang lain yang beri hadiah macam-macam pada anak mereka, bila isu sebegini diperbesarkan, ia nampak seperti saya yang riak.

Lagipun, dia anak saya, bukan anak orang lain. Apa yang saya beri tu tanda penghargaan buat dia atas pencapaian cemerlang dia.

Bagaimanapun, hingga kini, pertanyaan kereta jenis apa yang bakal Che Ta hadiahkan buat anaknya masih tidak diketahui. Apapun, kami doakan anak Che Ta akan terus cemerlang dan tidak tidak mudah hanyut dek kemewahan.

SKIP THIS AD ×