berita

Najib Umum Akta Hasutan 1948 Dikekalkan

November 27th, 2014 | by Ai
Kini Trending

UMNO 2014

Sejak dua menjak ini, takut pula kami dengan keadaan huru-hara yang sering terjadi di negara kita. Terutama insiden yang terjadi di Lahad Datu, Sabah tahun lepas.

Bila dikenang kembali, memang menyayat hati. Dek kerana itu jugalah, hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekal dan diperkukuhkan bagi melindungi ketenteraman negara.

akta-hasutan-1948

Menurut laporan Berita Harian, akta tersebut akan ditambahbaik dengan memasukkan dua peruntukan penting iaitu melindungi kesucian Islam serta agama lain dan tindakan terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Najib Razak berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Apapun, bersyukurlah walaupun banyak kejadian menyayat hati dan menggugat ketenteraman, Malaysia masih aman.

SKIP THIS AD ×