Najwa Latif Ingin Bergelar Pensyarah - OHBULAN!

berita

Najwa Latif Ingin Bergelar Pensyarah

May 3rd, 2012 | by M | 9 comments
49
reads
4
shares
Kini Trending

Latar belakang berpendidikan turut menjadi fokus utama penyanyi sensasi Youtube, Najwa Latif yang kini baru mencecah usia 17 tahun dan akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama lagi. Bukan mudah untuk anak seni ini membahagikan masa antara kerjaya & pendidikan, tetapi impian yang tekad untuk bergelar sebagai pensyarah membuatkan penyanyi ini sedia menghadapi cabarannya.

“Saya memang bercita-cita hendak menjadi pensyarah. Selepas SPM saya merancang menyambung pelajaran dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) ataupun muzik. Kerjaya seni dan muzik tetap akan berjalan seperti biasa kerana ia adalah minat saya dan matlamat saya ialah untuk sukses dalam kedua-duanya sekali,” ujarnya melalui siaran media kepada OHBULAN

Bijak membahagikan masa antara aktiviti muzik dan pelajaran, Najwa sentiasa memastikan jadual seni tidak mengganggu waktu persekolahannya dengan hanya mengadakan persembahan pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Bagaimanapun beliau sekarang sedang berehat dari membuat persembahan kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki hujung tahun ini.

Najwa Latif turut berkata bahawa beliau menggunakan portal e-pendidikan uniCLIQ kerana di situ terdapatnya bahan rujukan dan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Selain itu, sistem pembelajaran interaktif memberikan suasana pembelajaran yang tidak membosankan malahan sangat berkesan kerana dia lebih memahami apa yang telah diajar guru di kelas.

“Saya menyeru rakan-rakan serta peminat yang masih bersekolah dan ingin belajar secara mudah dan senang difahami untuk mencuba sistem e-pembelajaran uniCLIQ kerana bukan sahaja ia mudah diakses melalui komputer, tablet android atau iPad, malah harganya juga sangat berpatutan,” katanya lagi.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

9 Comments

  1. PondanSepi says:

    Baguslah dah pasang cita2 awal lg. Tp jgn duk canang sana sini je. Kesudahannya lepas SPM terus sepi… Bg aku better ko fokus study dulu. Nyanyi tu bila2 pun boleh..

  2. D says:

    cantiknyer die dalam gambar ni..

  3. moge tercapai yer impian tu :)

  4. hekelehberbuluaku says:

    aduh….selalu pontent2 g sekolah…duk kelas blakang2….de ati nk jd pensyarah…nk jd cikgu mcm mak bapak ko pun blom tentu lepas lagi…..cube rajin dtg sekolah skit…baru la cikgu2 ko xmeroyan dgn ko….

    • forever21 says:

      i cikgu, bagi saya jgn kutuk2 najwa ni. rezeki dia akan dtg Allah tentukan. Mana tau akan dtg kerjaya dia lebiih baik dari kita. Sepatutnya cikgu2 tak perlu meroyan pasal dia tak datang sekolah. Beri semangat kat dia. Najwa umpama anak kpd kita. Doa yag terbaik untuk najwa. Najwa, cikgu wish u good luck in your future undertaking.