berita

Najwa Latif Nafi Letak Harga Tinggi Untuk Setiap Persembahan

January 9th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Setelah digelar sebagai anak derhaka oleh bapa kandungnya sendiri, Najwa Latif kini dihimpit pula dengan kontroversi yang mendakwa dirinya sudah pandai memilih dan meletakkan harga tinggi untuk setiap persembahan yang ingin dilakukannya.

Namun begitu, menurut laporan Kosmo! Online hari ini, Najwa telah menolak dakwaan tersebut dan menyatakan dirinya sanggup membuat persembahan meskipun bayaran diberikan hanya RM500.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah buat begitu. Saya pun tidak tahu macam mana orang boleh cakap begitu, sebab memang saya tidak pernah buat macam itu.”

“Saya tidak pernah letak sebarang harga setakat ini. Saya bukan jenis macam itu, sesiapa yang hendak jemput saya menyanyi, saya ikut bajet mereka. Kami sedia berunding, bajet RM500 pun saya ambil.”

Dalam pada itu, Najwa turut menyatakan yang dia akan membuat persembahan mengikut bajet yang ditawarkan oleh pihak penganjur dan mana-mana pihak yang ingin menjemputnya boleh berunding terlebih dahulu.

“Sesiapa yang mahu jemput saya, mereka boleh bincang, saya tiada masalah. Saya akan membuat persembahan ikut bajet mereka, jadi tidak timbul isu saya letak harga.”

SKIP THIS AD ×