berita

Nak Kurus Kena Disiplin! – Nekad Kurus & Berjaya Turun 40 Kg Dalam Masa 2 Bulan. Bagaimana?

February 15th, 2017 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Screen Shot 2017-02-15 at 10.54.20 AM

Kegemukan seringkali dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang boleh mengganggu aktiviti seharian. Orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan mudah terdedah dengan penyakit seperti diabetes, kolesterol tinggi, serangan jantung dan sebagainya.

Namun, menguruskan badan bukan satu perkara yang mudah. Ramai yang terkandas di tengah kerana tiada motivasi dan putus asa apabila diet yang tidak menampakkan hasil. Lelaki ini kongsi tips berjaya turun 40kg dari berat asal. Bagi yang baru berjinak nak diet tu, jom cuba tips ini!

Berjaya turun berat badan sebanyak 40kg

Screen Shot 2017-02-15 at 11.29.00 AM

Selamat pagi kawan. Hari ini adalah hari kedua cabaran tanpa minuman manis + elak makanan bergoreng.
.
Saya buat cabaran ni bukan sekadar suka-suka. Ada sebab yang kukuh untuk saya minta kau orang bersama saya.
.
Tinggal air manis dah elak makanan bergoreng dengan kuantiti minyak yang tinggi antara faktor kejayaan saya menurunkan berat badan sebanyak 40 kg.
.
Jadi saya tak mahu kejayaan ini terus menjadi rahsia seorang. Maka saya kongsikan. Dan kau orang pun kena juga kuat.

Tinggal air manis & elak makanan bergoreng

Screen Shot 2017-02-15 at 11.35.30 AMLunch abang hari ni macam biasa. Masih tanpa air manis + elak makanan bergoreng

Betul. Susah masa mula-mula nak tinggal air manis. Tapi kalau 3 hari berturut kau boleh buat dengan disiplin yang tinggi, pasti lepas tu dah jadi kebiasaan. Percayalah
.
Air kosong, milo kosong, jus tanpa gula, kopi kelat tidaklah seteruk yang kau sangka. Cubalah order satu hari ni. Latih hidup tanpa minuman manis.
.
Pasal tinggal makanan bergoreng ni, saya dulu pun menggeletar satu badan woih. Kahkah. Tapi bila sudah nekad tetap mencari hidangan yang tidak banyak guna minyak walaupun susah.
.
Kuih bergoreng, nasi bergoreng, lauk bergoreng tak teruk sangat nak tinggal. Masih banyak pilihan menu yang boleh kau pilih.

Buat dua bulan berturut-turut

kurus

Dulu saya buat dua bulan berturut-turut. Tapi untuk kau orang kita cuba seminggu ini dahulu ya.
.
Agar tak boring ajaklah juga member dan ahli keluarga kau join cabaran ini. Pasti jadi lebih menarik. Sama-sama berjuang, cewah.
.
Ah, panjang pula sembang pagi ni. Hehe. Hari kedua ini saya doakan kau orang terus bersemangat. Mari kuatkan tekad sahut cabaran ini.
.
Tiada yang mustahil bagi yang berani mencuba.
.
Arif Sukri
Say haii untuk cabaran.

sumber : Arif Sukri

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×