berita

Nak Tahu Apa Yang Anak Selebriti Makan?

December 24th, 2014 | by Ai
MyResipi

FotorCreated

Mempunyai anak yang sedang membesar adakalanya boleh menjadi sesuatu yang sangat menyeronokkan tapi dalam masa yang sama mencabar juga.

Lebih-lebih lagi apabila anak kita kurang selera makan kerana perhatiannya lebih tertumpu untuk bermain. Ramai ibu mengeluh apabila berdepan situasi macam ni.

Mana taknya, dah tentulah si ibu akan susah hati bila anak-anak susah nak makan. Ini kerana, kanak-kanak yang kurang mendapat makanan berkhasiat, biasanya lebih senang terdedah kepada penyakit.

Screen Shot 2014-11-28 at 14.57.47

So, apa agaknya cara sesuai yang boleh menaikkan selera makan anak selain mengunyah makanan ringan dan fast-food sahaja?

Kajian mendapati, cara makanan disediakan dan dihidangkan boleh membantu menggalakkan si kecil untuk merasai makanan tersebut. Ikut contoh macam Samantha Lee, seorang food artist yang memulakan seni penyediaan makanan sekitar 2008 bertujuan untuk mendidik anak sulungnya supaya boleh makan secara berdikari.

Korang rasa selebriti kita ada masa tak untuk sediakan menu unik seperti ini untuk anak mereka? Mungkin ada yang betul-betul talented, tapi masak makanan biasa pun apa salahnya. Asalkan anak-anak makan, betul tak? Jom intai sikit apa yang anak selebriti kita makan.

1. Dato’ Fazley Yaakob

Screen Shot 2014-11-28 at 13.14.46

Untung anak-anak Dato’ Fazley mempunyai seorang bapa pandai serba-serbi yang bukan sahaja bergelar selebriti, tapi juga seorang motivator dan chef hebat. Kalau dilihat di laman Instagram, selebriti ini kerap mengajak anak-anaknya membakar kek dan segala jenis manisan di dapur. Baguslah, kecil-kecil lagi dah diberi pendedahan. Comel sangat! Kami rasa anak-anak Fazley pun mesti dah puas makan desserts kat rumah. Tak payah beli kat kedai lagi.

Screen Shot 2014-11-28 at 12.03.01

Screen Shot 2014-11-28 at 13.39.28

2. Rita Rudaini

Screen Shot 2014-11-28 at 13.05.24 Melihat kepada jadual penggambaran dan tawaran berlakonnya yang bertubi-tubi sebelum ini, mungkin Rita Rudaini mempunyai kekangan masa untuk memasak. Selalunya kami lihat, si cantik manis ini hanya membawa anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna makan di luar sahaja. Tapi sejak kebelakangan ini, Rita rajin pula memasak. Antara makanan yang dimasak untuk anak-anaknya ialah spaghetti, pasta, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang dua orang anaknya mempunyai selera yang berlainan, jadi terpaksalah dia menyediakan dua menu berbeza dalam hari-hari tertentu. Screen Shot 2014-11-28 at 13.18.11

Lunch kami #cinta3nyawa #mylittleheaven #mytrueheaven #ryanarjunarudaini ?????????? A video posted by rita rudaini (@ritrud727) on

3. Nana Mahazan

Screen Shot 2014-12-22 at 15.49.10

Kami suka tengok kerajinan dan kegigihan Nana dalam membesarkan dua orang anaknya, Althea dan Aaqib. Bergelar homemaker dan hanya memenuhi tawaran pengacaraan sekali-sekala, Nana mempunyai banyak masa bersama anak dan sentiasa tahu menu apa yang perlu dimasak setiap hari.  Tengok kat bawah ni. Macam sedap kan?

Screen Shot 2014-11-28 at 12.56.19

Jadi kepada ibu-ibu di luar sana yang buntu tak tau macam mana nak paksa anak anda makan makanan berkhasiat, bolehlah layari Facebook Sustagen untuk mendapatkan idea bernas.

Anda juga berpeluang menyertai kempen yang dianjurkan dengan menghantar gambar anda bersama anak anda semasa menikmati makanan, menyediakan hidangan makanan, atau dekorasi makanan paling kreatif. Anda hanya perlu muatnaik gambar tersebut ke Facebook, Twitter atau Instagram bersama hashtag #100funmeals. Kempen ini akan tamat pada 31 Disember 2014 dan 100 orang penerima terpilih akan mendapat tanda penghargaan eksklusif dari Sustagen.

Screen Shot 2014-11-28 at 11.33.36

Sementara itu, jom tengok video macam mana Samantha Lee menghasilkan makanan unik untuk kanak-kanak di bawah ini. Selamat mencuba!

SKIP THIS AD ×