Nama Kau 'Mat Saleh' Tapi Kenapa Mulut Kau Bau Petai? - OHBULAN!

berita

Nama Kau ‘Mat Saleh’ Tapi Kenapa Mulut Kau Bau Petai?

February 21st, 2014 | by Ell | 18 comments
Advertorial

PhotoGrid_1392955212290-picsay

Mungkin kerana nama seperti Abu, Ali dan Siti sudah terlalu mainstream dan sering dijadikan nama template di dalam mana-mana buku teks sekolah, ramai ibu-bapa beralih kepada nama yang lebih hip dan urban.

Kadang-kadang terlalu urban sehingga orang yang tidak mengenali anak itu, apabila mendengar namanya sahaja, terbayang seorang bayi berkulit putih, bermata rona biru firus dan berambut platinum blond, ala-ala hasil benih masyarakat Kaukasia.

Namun, bila dilihat anak itu di hari pertama persekolahan, tetap dengan kulit gelap, rambut serabai dan hingus terpalit dekat pipi. Belum campur lagi gigi rongak sebab banyak makan gula-gula. Gula-gula ya? Bukan candies.

Sekali imbas, wajahnya sama seperti wajah Ali, Abu dan Siti. Bukannya Amanda, Ryan atau Danish.

Tapi, bersangka baik, mungkin si ibu-bapa mahu memudahkan anaknya apabila besar nanti. Yelah, kan kita semua suka alter dan improvise nama sebenar kita supaya tampil lebih sophisticated, trendy dan urban.

Tengok saja dekat laman sosial, punya banyak Danish HayCarl, Aina Meganlicious, Heyzree Hameed dan lain-lain. Nak contoh lagi? Faiz Dickie. Mana datangnya ntah perkataan Dickie tu?

Tu belum lagi yang sibuk tambah ‘Official’ dihadapan nama kononnya terlalu ramai manusia lain yang hendak meniru nama uniknya itu.

#Villagepeople betul. lulz

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

18 Comments

  1. Iman says:

    2001
    Imam : Aku nikahkan dikau dengan Nurliyana binti Ahmad dengan mas kawin 100 ringgit tunai
    Bakal Suami : Aku terima nikah Nurliyana Binti Ahmad dengan mas kawin 100 ringit tunai ….

    2020 :

    Imam : Aku nikahkan dikau dengan Azhfarenna Qaseh Aleesya batrisya binti Ryan Danish dengan mas kawin 100 ringgit tunai.

    Bakal Suami : aku terima nikah Azfa.. Azhfarenna Qaseh Allesya bla bla bla.

    Tidak mustahil tahun tahun seterusnya nama anak akan lebih panjang daripada nama bapak. Nanti masa nak nikah, habis nafas bakal suami menyebut nama bakal isteri je.. Belum lagi nama yang panjang dan berbelit2..

    (6)
  2. Cikgi teraniaya says:

    Janganlah ibu bapa, merayu sangat… Penat menulis nama-nama budak sekarang dalam register Kedatangan Harian Murid kat sekolah… Hik Hik Hik

    (3)
    • Pembantu Guru says:

      saya memahami hahha.. nama anak kemain berjela2 nama bapak 1 je. Puteri shakila nurzuhlaika amirah binti rusdi.. TT.TT

      (3)
  3. bodoh says:

    OKAYYYYYYYYYYYYY!
    HAAHHAHAHHA. asal la ade official. kebende nama anak gtu hahahhaha

    (2)
  4. Hahahahaha nak pulak bubuh no siries kat belakang.

    Official ZarBeidin Man Leyman Full 16

    (2)
  5. Official Seri Bunga Indah Mewangi binti Mat. says:

    POst ni bagi inspirasi kat aku. Aku nak cari laki yang nama fancy then letak nama anak yang sangat desa. Contoh:

    Leman bin Mohamad HyeCarl Farhmee Al-Mumayyiz
    Minah binti Mohamad HyeCarl Farhmee Al-Mumayyiz

    (2)
  6. limah binti leman says:

    anak buah nama isaac noah..padahal mak bajau..ntah drmana omputihnya…huhhhh

    (2)
  7. Nana says:

    Letakkan nama anak2 dgn nama yg indah, dan mempunyai makna. Tak salah kalau dia nak letak nama yg so-called urban but have meanings in arabic. Rayyan,aryan,aryan, n so on contoh. Ada maksud dlm arabic. Tapi berpada2 lah. Terlalu panjang takut menyusahkan bila dh besar nk buat urusan rasmi spt i.c etc. Bab nikah pula, xde masalah. “Ijab” sebut nama penuh, “qabul: boleh sebut “aku terima nikahNYA, dgn maskahwin blablabla”, just kena alert time “ijab” tu tok kadi kenalah sebut nama yg betul.
    Yang perlu di ambil perhatian, nama2 yang sama dgn gelaran “jin” seperti Balqis, Qistina, Batrisya.
    Sebab tu lah dlm Islam, seminggu lepas bayi dilahirkan di “tahnik” dan diberi nama , kerana dlm masa 7hari tu lah parent perlu carik nama2 yg bagus, rujuk pada ustaz utk mmberi nama2 yg baik pd anak2 kita.
    Ingt juga, letak nama baik pun tp kalau panggilan xguna nama yg baik tu pon xguna jugak.
    Contoh bg nama Muhammad = yg terpuji, tapi panggil Mat/Mamat = mati…

    (1)
  8. sekuntum bunga cina says:

    org skg ni suke letak nama2 nabi yg english version mcm jacob, daniel, noah etc. nape x letak jesus? jesus kn nabi isa. heh.

    (1)
  9. miss m says:

    ahahah so true.. LOL

    (0)
  10. nornadiahanim says:

    full name faiz dickie ape ???

    (0)
  11. banana says:

    Official Qasleeya Amanda Batrisya Tukiman Full..

    FTFY

    (0)
  12. Kn ... says:

    hahahaha nak muntah aku taruk name anak mcm omputih !!! hahahaha

    (0)
  13. Pe'ah Pussie says:

    Hi Dickie :)

    (0)
  14. cikKuntum says:

    budak A : name atuk kau ape? name atuk aku muhammad danish haiqal

    budak B : name atuk aq muhammad rizky rayyan.
    (story budak2 10 thun akan dtg)

    (0)
  15. Miss Chantek says:

    hahaha..tu la. dah susah nak cari nama baby yang 1 word je. simple pun bagus ape. ntah, terpulang masing2. anak korang kan??? hihihi

    (0)
  16. Orang Asli says:

    Orang asli pun dapat nama omputih okey….hah…ko ade…. ko ade…hahahaha

    (0)