berita

Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?

March 2nd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

ok

Sejak beberapa minggu yang lalu Nazim Othman dilihat kerap memuatnaik foto dengan kapsyen yang agak menyayat hati di laman Instagramnya sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Malah ada yang mula membuat andaian bahawa Nazim sedang bergelut dengan penyakit membahaya. Hal ini dikuatkan lagi menerusi sekeping foto imbasan magnetik (MRI) di bahagian kepalanya.

Kesan Bengkak?

otak

Jika diamati betul-betul, hasil imbasan MRI milik Nazim jelas berbeza berbanding manusia normal. Malah ada peminat yang mendakwa Nazim ada ketumbuhan dalam otak berdasarkan kesan bengkak pada bahagian kanan depan otaknya.

ubat

Nazim juga sempat berkongsi foto pil Dexamethaso, sejenis steroid yang diambil dua biji setiap hari bagi melawan kesakitannya itu. Menurut Nazim lagi dirinya sedang berjuang bagi melawan kesakitan yang di hidapi.

Kepala Botak

botak

Tindakan Nazim yang mengambil keputusan untuk terus berdiam diri sedikit sebanyak mengundang resah dan simpati peminat. Terbaru, Nazim bertindak memotong rambutnya sehingga botak! Apa dah jadi sebenarnya Nazim?

Jika sebelum ini Nazim kerap membalas komen daripada peminat namun sekarang tidak. Foto-foto terbarunya kini penuh dengan kata-kata motivasi. Harap Nazim tabah menghadapi sebarang jenis penyakit yang sedang dihidapi oleh dirinya. Teruskan berdoa dan meminta pertolongan daripada Dia, Insyallah.

SKIP THIS AD ×