Nazim Othman Mengaku Serius Bercinta Dengan Bella Dally - OHBULAN!

berita

Nazim Othman Mengaku Serius Bercinta Dengan Bella Dally

January 7th, 2013 | by Noraini Nasir | 0 comments
Kini Trending

Ini bukan kali pertama isu percintaan antara pelakon kacak iaitu Nazim Othman dan Bella Dally timbul. Sewaktu dilihat datang beriringan ke majlis Anugerah Juara Lagu ke 27 semalam, pasangan ini kelihatan sungguh anggun dan tampan tatkala masing-masing menggayakan busana bermotifkan songket serta corak berkotak.

Ketika diajukan soalan mengenai Bella Dally, sambil tersenyum Nazim memaklum yang hubungannya dengan Bella sememangnya serius dan hubungan mereka sudah terjalin hampir setahun lebih.

“Ya, memang kami dah janji nak datang bersama sebab masing-masing ‘free’ hari ini. Sebelum ini kami tak dapat hadir bersama di acara-acara mana ini disebabkan oleh jadual yang bercanggah.”

“Kami memang dah selalu keluar bersama dan kami bercinta pun sudah setahun lebih. Hubungan ini memang serius.”

Mengulas lebih lanjut mengenai hubungan cinta mereka, timbul juga persoalan bilakah agaknya pasangan ini ingin mengakhiri zaman bujang masing-masing dan adakah pasangan ini sudah membuat perancangan untuk mengikat hubungan mereka kepada tali pertunangan terlebih dahulu?

“Insyallah doakanlah yang terbaik. Sasaran bilakah agaknya kami akan berkahwin tu, biarlah kami sahaja yang tahu dan buat masa sekarang kami ingin fokus kepada kerjaya masing-masing,’ ujar Nazim sambil tersenyum manis.

Memandangkan kini Nazim Othman mengaku sedang bercinta dengan pelakon jelita Bella Dally, jadi adakah hubungan ini sekaligus menutup dakwaan segelintir individu yang sebelum ini menganggap Nazim adalah seorang lelaki ‘gay?’

“Untuk soalan macam itu saya tak nak jawab sebab ia akan merosakkan label nama saya sendiri dan kalau boleh saya tak nak terus menjawab soalan macam itu.”

Comments are closed.