berita

Nedim Businessman Yang Dihormati, Jangan Jatuhkan Reputasinya! – Nora Danish Jawab Isu Pecat Pengurus

June 1st, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

pelempang?

Semalam kecoh di laman sosial apabila wujud spekulasi yang mengatakan pelakon Nora Danish memecat pengurus peribadinya menerusi applikasi Whatsapp.

Terdahulu, laporan sebuah akhbar mendakwa Nedim Nazri kini bergelar pengurus Nora Danish. Malah wujud dakwaan mengatakan Nora Danish menjadi ‘pak turut’ Nedim ekoran masalah kewangan.

Tidak mahu isu ini terus dipanjangkan, Nora Danish dan kekasihnya tampil menepis dakwaan tersebut.

Dakwaan Tak Berasas!

Screen Shot 2015-06-01 at 1.32.28 AM

Menurut Nora Danish, dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas sambil menegaskan dirinya sebagai bos berhak memecat sesiapa sahaja.

Nora Danish juga kurang senang dengan laporan akhbar terbabit yang mengaitkan kekasihnya. Tambah beliau, laporan tersebut tidak tepat malah menjatuhkan reputasi Nedim yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Respon Sarkastik Nedim

Peka dengan spekulasi yang membabitkan namanya, Nedim bertindak memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang agak sarkastik mungkin ditujukan khas buat penulis akhbar terbabit.

Menurut Nedim, dia tidak kisah dengan tuduhan tersebut sambil menyifatkan apa yang dilakukannya terhadap Nora Danish ikhlas kerana cinta dan sayang.

Iyalah dapat kekasih secantik Nora Danish kot, apa sahaja pasti dituruti. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×