berita

Neelofa Nekad Bertudung Selepas Berdoa Memohon Petunjuk

July 2nd, 2014 | by Ai
Kini Trending

313

Ramai yang tak menyangka bahawa selebriti yang tengah popular sekarang ini, Neelofa telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan bertudung litup.

Sebelum ini peminat pernah melihat dia bertudung sewaktu muncul mengacarakan rancangan Meletop tapi ianya sekadar menghormati peristiwa Isra’ Mi’raj.

Bagaimanapun sejak tibanya bulan puasa kali ini, Neelofa nekad memakai tudung bermula dari Ramadhan kedua tempoh hari. Bertambah cantik berserilah Neelofa lepas ni.

neelofa

Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.

Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan orang di luar sana, peminat-peminat, keluarga, terutama mama saya.

Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadhan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya.

I feel like it completes me. Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan.

Alhamdulillah, makin ramai selebriti wanita tempatan yang membuat keputusan untuk berhijab. Tak semestinya bila bertudung, populariti akan jatuh, betul tak?

Apapun kita doakan yang terbaik buat Neelofa. Semoga penghijrahan ini memberi seribu satu kebaikan di dalam kehidupan Neelofa dan kerjayanya.

SKIP THIS AD ×