berita

Neelofa Respon Isu SMS Hutang Shah Jaszle

July 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Neelofa

Minggu lalu OHBULAN! ada melaporkan bahawa pelakon jelita, Neelofa didakwa telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Shah Jaszle untuk menuntut hutangnya sebanyak RM5,000 dan SMS itu dikatakan telah dihantar sewaktu pelakon lelaki terbabit sedang menyerang pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh, 21 di sebuah restoran di Bangsar Utama.

Artikel Berkaitan :

Namun begitu, lain pula yang diperkatakan oleh Neelofa. Menurut aktres filem Azura ini, dia sememangnya ada menghantar pesanan ringkas kepada Shah Jaszle, akan tetapi perkara itu telah berlaku sejak dua tahun lalu dan bukannya pada waktu seperti yang diperkatakan oleh pelakon lelaki terbabit.

Saya tak tahu apa attention dia dan saya tak mahu komen banyak tentang hal ini.

Memang saya ada mesej dia minta jelaskan hutang itu, tapi itu dua tahun lepas, ketika filem Azura 2011. Saya terkejut bila tiba-tiba timbul isu ini. Walhal saya memang sudah lama tidak mesej apatah lagi menghubungi Shah Jaszle. Saya tak ada pun nombor telefon dia sekarang.

Shahz Jaszle dan Neelofa

Keintiman Neelofa & Shah Jaszle menerusi filem Azura 2011

Mengulas lebih lanjut mengenai isu hutang tersebut, Neelofa akui telah menghalalkan duit berkenaan dan berharap agar isu itu tidak akan terus berpanjangan.

Saya dah halalkan. Bukan soal pemurah tapi saya anggap perkara ini telah selesai. Saya tak mahu  pening-pening kepala dan kita semua boleh senyap dari memikirkan tentang hal itu. Tapi nanti kalau katakan dia nak bayar hutang itu, mestilah terima sebab itu duit saya.

Untuk makluman Neelofa dan Shah Jaszle pernah digandingkan bersama untuk filem Azura pada tahun 2011 dan sesi penggambaran bagi filem arahan Aziz M. Osman ini difahamkan telah dijalankan sekitar Paris dan London.

Sumber : MalaysianDigest

SKIP THIS AD ×