berita

Neelofa Respon Kritikan Baju Terlampau Jarang

October 25th, 2012 | by Noraini Nasir | 35 comments
Kini Trending

Sekiranya minggu lalu aktres cantik ini panas dengan kontroversi ‘kisah cintanya’ bersama aktor kacak Hans Isaac, minggu ini timbul pula isu baru apabila pengacara NONA ini dikatakan telah memakai pakaian yang jarang sehingga menampakkan susuk pakaian dalam sewaktu sidang media Anugerah Skrin 2012 Khamis lalu.

Tak melatah, Neelofa amat tenang memberikan respon terhadap kritikan peminat mengenai isu berkenaan.

“Sebenarnya, masa hari tu Lofa pakai skirt rekaan Syaiful Baharim dan baju tu memang Lofa beli sendiri. Masa pakai baju tu tak nampak pun macam jarang.”

“Tapi Lofa mengaku memang salah Lofa sebab tak perasan benda-benda macam tu. Lepas ni Lofa akan lebih berhati-hati untuk memilih pakaian,” ujar Neelofa sambil tersenyum.

Nampaknya dalam sibuk dilanda kontroversi, rezeki Neelofa semakin melimpah ruah apabila aktres cantik ini dipilih sebagai pengacara untuk salah sebuah program hiburan terbitan Astro yang dikenali sebagai ‘MeleTop.’

Menerusi program ‘MeleTop,’ Neelofa akan digandingkan dengan pelawak terkenal, Nabil dan mereka akan mengendalikan sebuah program hiburan yang berbentuk komedi dan diselitkan dengan cerita-cerita gosip artis. Program ini akan bersiaran setiap hari Selasa, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro-On-the-Go bermula 30 Oktober ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai penglibatan Neelofa dalam program ‘MeleTop,’ aktres cantik ini akui program yang bakal diacarakannya adalah amat berbeza dengan program sebelum ini.

“Program ‘MeleTop’ akan lebih menunjukkan perangai ‘gila-gila’ Lofa, tapi tak keterlaluan sangat. Lofa pun tak boleh terlebih lawak daripada Nabil.”

“Lagipun untuk program ni Lofa ada karakter Lofa sendiri, di mana Lofa akan bagi maklumat yang berunsur fakta, manakala Nabil pula akan lebih kepada yang merapu. Jadi program ini akan lebih seimbang.”

Berikut merupakan beberapa foto MeleTop Neelofa.

35 Comments

  1. D says:

    tak perasan? tolong la!

    (0)
  2. cik ta says:

    tak perasan ke ….buat2 tak perasan..stupid answer.

    (0)
  3. nera says:

    dia ni xtakot ke..jadikan cerite kak eton sameon sbg pengajaran..

    (0)
  4. biskut says:

    kesian sbb tak perasan baju tu jarang… please la jgn nk propa sgt… benci la tgk muka ko !

    (0)
    • Mentimun says:

      Dulu-dulu……….

      “Sekali lagi saya ingin saya tegaskan saya tidak pernah menafikan kemenangan Tasha. Rezeki itu daripada Allah, Dia yang menentukan siapa yang berhak menerimanya. Pada saya itu adalah rezeki Tasha dan keputusan itu dibuat oleh pembaca Berita Harian. Saya menghormati dan menerimanya dengan hati terbuka,”
      -Noor Neelofa, dalam Berita Minggu, BPop, halaman 15, 27 Mei 2012.

      TETAPI……..

      “Bagi Lofa, tak patutlah sebab Lofa rasa orang lain lebih layak macam Izara atau Fathia sebab kalau mereka menang, mereka memang berhak menang sebab memang mereka popular. Katakanlah Najwa Latif menang, itu logiklah kan? Ini sebaliknya. Tolonglah. Sebab itulah Lofa cakap Lofa tak kisah kalau kalah di tangan Najwa Latif sebab dia memang popular. Bukan di tangan pelakon tu”
      - Noor Neelofa, dalam HAI, Bil. 715, halaman 39, 20 Mei 2012.

      DAN…….

      “Siapa saya untuk mempersoalkan rezeki yang ditentukan Allah? Jika Allah menghendaki, siapa saya untuk mempertikai dan menyekat rezeki itu? Saya tidak layak berbuat begitu. Sebagai hamba-Nya, saya belajar bersyukur dengan rezeki yang diterima setakat ini.” -Noor Neelofa, dalam Berita Minggu, BPop, halaman 15, 27 Mei 2012.

      TETAPI……..

      “Don’t be sad, next yr kita pun kna beli paper 1 lori jgk lah :P”
      -Twitter Noor Neelofa @Neelofa (BPop, 27 Mei 2012).

      “Kalau orang baca status Lofa itu memang orang boleh tahu siapa yang Lofa sindir”
      – Noor Neelofa, dalam HAI, Bil. 715, halaman 39, 20 Mei 2012.

      KEMUDIAN……..

      “Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar”
      -Twitter Noor Neelofa @Neelofa (Sumber: beatifulnara, 11 Jun 2012).

      RENUNGAN BERSAMA:

      Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
      “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

      Riwayat Ahmad (Himpunan Hadis Harian JAKIM).

      (0)
      • YANA says:

        terbaik….ko kuarkan lagi…TGG MAYLOWBEE x muncul2 pulak…

        (0)
      • Junoh says:

        Pergh! Pedisnye hingga menusuk kalbu! Takpe la, mungkin sama mcm baju dia yg jarang tuh, budak 10A nih tak PERASAN dia penah keluarkan kenyataan cam tuh. Harap Maylowbee bleh issue rebuttal :P

        (0)
  5. Mak jemah says:

    Sabar2…bawak bertendang…nak tambakkan bab critalah….kontrovesi lagi……

    (0)
  6. suke ati aku la nk ckp ape... says:

    eh tapi kn…sy pun pernah ada satu baju tu…masa pkai lgsung xnmpak jarang lagi pulak baju tu warna gelap, tp bila kena flash, tgk dlm gambar..mak aii…tembus…

    (0)
    • aku insan biasa says:

      btl2 .. pnh tkene ngn bju cmtu , bla tkena flash camera mmg jelas .. pastu taubat xpkai lgi dh bju tu kt lua ,nk buang syg sbb tme bli mmg expensive.. pkai kt umh jew la … jdi artis kne hti2 sbb yg tgok pix bkn sorg mlh 1 dunia blh tgok .. masyallah .. :(

      (0)
    • Honeybee says:

      Saya pun ada experience yg sama. Masa tu attend wedding kawan. saya pakai baju warna hitam. Masa pakai tak nampak jarang, tapi bila bergambar kena flash, alamak…transparent!!!

      (0)
  7. riezzzzzz says:

    ada-ada saja nak dijadikan isu….huhuhuu….

    (0)
  8. Senah.. says:

    Mana MAYLOWBEE…Org kuat lofa…x da pun bersuara…selalu dia back up besar kalau lofa kena hentam….

    (0)
    • Joyah says:

      Maylowbee takde kot, dia balik beraya kat kampung. Mungkin kampung dia jauh kat utara. Eh, silap pulak, org kosmopolitan yg pandai cam dia ada kampung ke? Tak kot, dia mungkin pi solat, raya dan buat ibadah korban kat Pavillion! Hahahahahaha!

      (0)
    • nana nini nunu says:

      MAYLOWBEE da blk kampung rabu lepas..kt kmpg dia xde ternet..ko tnggu je la jap lg MAYLOWBEE kuar…semua comment2 kt cni dia akn hentam..hahahha…

      (0)
    • Maylowbee says:

      aku balik Tumpat la! kat kampung aku xde internet! selama ni pun aku online guna broadband! tp 1 hari je dh habis kuota! selalunya aku curi wifi jiran aku punya kat KL! lantak ko la Lopak! sebab ko la broadband aku kong!

      (0)
      • didu says:

        laaa maylobee ni ade kampung rupenye? ingatkan asal bandaraya n urban sangat. kalau kampung kat tumpat jgn la nk kluar statement ‘org kampung bodoh’ etc. nk sokong artis pun agak2 la. karang org kate awak pms jgn marah plak..

        (0)
  9. gila oreo says:

    actly, flash tu memancor tue yg nmpk
    len kali if nk test baju kne bwk dslr n flash
    leh tgk ar cmno nmpk ke x
    ehee

    (0)
  10. Sutera says:

    She looks stunning in that black&white stripe skirt and navy blouse, and her red lipstick is super sexy! Taste dia mmg klas! banding dgn yg lain dok sebok ubah berhijrah al konon nyer jadi mak aji….kehkehkehkeh!

    (0)
  11. insaflah says:

    sekurang2nyer mereka dah dpt pentunjuk dah hidayah..xbaik nk kondemkan orang yang berhijrah ke jalan allah cik kak..cik kak dah solat belum…g ambil wuduk n solat mintak petunjuk dari allah..kita hidup bukanyer lama..

    (0)
  12. marie says:

    knp dy jd pengacara?
    xdpt terima la~~

    (0)
  13. facebook_mazsniah.emmah says:

    pna tkene ngn bju cmtu .. tme pkai x nmpk jrg . bla kne flash camera or d tmpt trg mmg nmpk gler !! dh x pkai bju tu . nk buang syg , sbb mhl oww bli . so pkai dlm umh jew . huhu .. tp artis mmg kne plih btl2 bju sbb yg tgok rmai bkn stkt kt msia jew .. masyallah ..

    (0)
  14. beritamy says:

    cik kak kita nie..
    kalau seminggu xmasuk berita..x sah..
    mmg macam pisang goreng panas dia nie
    hope dia bleh bertahan dari gossip2 nie semua

    Jom Terjah Mengapa Perlu Double Standard Dalam Kes Babyrina Dan Pasangan Alvin Dan Vivian?

    (0)
  15. Audrey Hepburn says:

    Saya beli kain untuk buat baju kurung. Masa beli mmg tak nmpk pun kain tu jarang. Lepas tempah n pakai kat 1 wedding, lepas amik gambar, kawan perasan dlm gmbr nmpk baju tu jarang. Aiyohhhh…rasa malu tak ingat masa tu.

    (0)
  16. Susan says:

    Alaa.. Pompuan gila glamer ni lagi! Ooii sudah2 lah penipuan ko minah ooi..
    Kenapa dia mesti diambil pengacara?? Cakap pun mcm dari hidung bersambung2!! Buduhh! Sungguh! Mesti pihak tv ingat minah ni banyak kontroversi, kunun glamer la tu! Ptuuii!! Menyamapah tahap gaban dgn betina perasan ni!!

    (0)
    • red indian says:

      bosan dgn si lopak perasaan ni. apsal kat tv keluar muka dia aje…bosan, bosan, bosannnnnnnnnnnn.

      (0)
  17. takeiteasy says:

    jawapan bodoh ampa ni semua x perasan
    ntah pa bnda yg leh perasan b4 nak wat sesuatu bnda

    (0)
  18. sha says:

    Betul ke…? bajet

    (0)
  19. ubi stelo says:

    ada la tu bahagian dia nanti….

    (0)
  20. pena says:

    apa-2 jelah neelofa..emmm x perasan baju tu jarang??
    pelik2..selalu org pompuan nie mesti suka belek baju dia n try pakai dulu..emm ape2 jelah neelofa,,aku harap ko berubah ke arah yg lebih baik..maybe ko mmg baik,tapi style ko tu mmg x kena dgn jiwa seorg muslimah…kan bagus kalo ko pakai tudung ,mst comel macam shila amzah ….
    emmm malas nk komen lebih2 ,,kang ade org ckp aku nie budak kampung dan x berpelajaran…haha english aku mungkin dah berkarat sbb aku malas belajar kot..hehe by the thanx maylowbee sbb tolong memperbaiki english aku….emm lepas nie aku kena belajar semula dengan pensyarah aku nie… yelah grammar aku mmg hampeh sjk dulu lg.. :(

    (0)
  21. Kitty says:

    Kalau Nabila Huda tolong jawab……SAYA BUKAN BOGEL!

    (0)