berita

Noh Tak Paksa Mizz Nina Berubah Secara Drastik

November 11th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-11-11 at 4.29.34 PM

Umum tahu penyanyi yang popular menerusi lagu Around The World, Mizz Nina kini telah berhijrah kearah penampilan yang lebih sopan dan ayu bertudung.

Selaku seorang suami, Noh Salleh mengakui bahawa perasaan sayangnya kepada Mizz Nina semakin bertambah dan menyifatkan perkara ini sebagai satu permulaan yang baik buat mereka sekeluarga.

Sebenarnya penghijrahan dia (Mizz Nina) secara perlahan. Mula-mula dia ajak saya pergi mengaji dan sebelum berhijab pun dia ada bertanya pendapat saya, ok atau tidak jika dia nak berhijab sekarang?

Saya cakap, ok je, apa salahnya. Cuma saya tak nak push sangat, biar penghijrahan itu berlaku secara perlahan.

Mizz NinaNina bersyukur penghijrahannya mendapat sokongan daripada ahli keluarga

Memandangkan Mizz Nina kini telah berubah kearah imej yang lebih baik, timbul pula persoalan di kalangan pihak media, bagaimanakah perkembangan kerjaya seni penyanyi tersebut selepas ini?

Adakah Mizz Nina akan tetap meneruskan kolaborasinya dengan artis-artis luar negara atau sebaliknya?

Sambil tersenyum, Nina menjelaskan, dia tidak mahu lagi memikirkan soal tersebut.

Yang lepas tu biarkanlah. Buat masa ini saya nak beri tumpuan pada perubahan diri saya. Sekarang ini boleh dikatakan saya adalah Mizz Nina yang baru dan semuanya akan berubah secara 360 darjah.

Lagipun buat masa ini saya tengah sibuk dengan label pakaian saya sendiri iaitu Mizz Nina dan dalam masa yang sama, saya juga dalam proses untuk melancarkan rekaan busana muslimah yang dikenali sebagai Madeena.

Selepas pulang daripada menunaikan ibadah Haji baru-baru ini, Mizz Nina akui kehidupannya kini semakin tenang dan gembira. Dia turut melahirkan rasa bersyukur kerana perubahan dirinya mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan teman-teman rapat.

SKIP THIS AD ×