berita

Isu Skandal Adi Putra: Nooraida Diceraikan Talak Satu

December 20th, 2013 | by Yusmirnadia | 50 comments
Isu & Kontroversi

Isu Skandal Adi Putra: Nooraida Diceraikan Talak Satu

Dalam pada pihak wanita yang dikaitkan dengan isu skandal bersama Adi Putra sedang berusaha untuk membuka semula kes kontroversi berkenaan pada minggu lepas, timbul pula berita terbaru mengenai perceraiannya.

Suami kepada Nooraida Abdul Mutalib, Amiruddin Othman mengakui telah menceraikan isterinya dengan talak satu pada 19 Disember 2013.

Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini.

Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik.

Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar.

Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, tujuan beliau ke Jabatan Peguam Negara hari ini untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus No Further Action (NFA) sebelum ini.

Isu Skandal Adi Putra: Nooraida Diceraikan Talak Satu

Nooraida dan bekas suaminya yang ditemui sewaktu sidang media tempoh hari

Amiruddin yang ditemani dua orang peguamnya mahu agar kes tersebut dinilai semula dibawah seksyen yang lebih relevan. Sebelum ini kes tersebut dibawah seksyen 509, kini mereka memohon agar kes tersebut dinilai dibawah seksyen 498.

Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja.

Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang.

Tambahnya lagi jika rayuan mereka untuk meneruskan kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil.

Amiruddin dan Nooraida sebelum ini telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noor Fasha Dania, 7 tahun.

50 Comments

  1. KEPOH says:

    Lurah terdedah sana sini lepas tu nak mercerca nama orang. Perempuan macam ni taklayak dibela.

    (0)
  2. Reen says:

    Bukan nak kata apa.. Tapi Melayu sekarang makin tak tau malu… Senang2 kahwin, senang2 cerai.. Lepas tu gi gatal dgn suami/bini org..

    (0)
  3. popo says:

    kenapa muka lain? dalam gambar sebelum ni giler cun

    (0)
  4. Gasak Kau Laaahhh says:

    dah dia tu dah tau bini org , lepastu nak bg gamba lucah kat org luar kenapa?? gatal sgt!

    otak letak kat kaki

    (0)
  5. haha says:

    10 tahun? perghhh. Aku kesian kat anak dia je.

    (0)
  6. kawan olga says:

    jgn pasni yg si retis tu pulak bercerai udah lerrrr

    (0)
    • puiii says:

      kalo retis tu pn cerai,maka kes ini bakal digugurkan krn adi putra akan berkahwin dgn perempuan ni.kan kt message2 tu adi putra ade ckp,kalo kantoi it will only b her.tercapai cita2 kau nok

      (0)
  7. ruina says:

    sedih.. sampai cerai-berai gamaknye. yg skandal nye satu hal. lepas ni kita sume pakat ramai2 boikot je tgk adi pura tu. blah!!

    (0)
  8. sotong hitam says:

    tektik terbaekk!!…nak menang dan meraih simpati sampai sanggup ceraikan bini?? pikirlah betul2 tak kan semudah ini nk bercerai… atau memang inilah peluang yg baik utk menceraikan isteri atau bagi pihak si isteri untuk mintak cerai dari suami….ni semua alasan…nanti kalau dah menang kes pastu kawin balik senyap2….

    (0)
    • Lisa says:

      aku sokong. Akupun rasa dia ceraikan bini sbb nakbukak kes balik… Gila psiko dua org nih, sanggup bcerai sbb nakbukak kes…

      (0)
  9. aptb says:

    Aku rasa cam btol je laki bini nie mmg niat nk jatuhkan adi putra.pelik la,bini dia yg salah tp baget cam xbersalah.slambe badak je muka bini dia.lg pelik si laki dia beria nk buka kes blk agar adi kne tindakan tp dia xpikir yg bini dia la yg punca utama kes nie.klau kes nie btol berlaku cam xlogik je..adi putra lak diam je sbb xnk keruhkan keadaan lg.tu br tindakan yg btol.nie x,laki bini nie dok teriak sakan cam org gila..

    (0)
    • Lola says:

      Kalu bini dia punca, hbs tu si artis tu bukan pencetus..?? Selalunya org yg berdiam ni simpan seribu satu rahsia. Ko tgk kes gambar Nabil ciom mulut tu. Dia buat senyap je. Kalu kepoh2 hbs la segala bagai rahsia dia terkeluar. Kantoi la…

      (0)
  10. Ms Biss says:

    Bile dah jd kes mcm ni yg pompuan gak la yg jahat. Lelaki artis tu pun mesti ada mainkan peranan gak. Tak habis2 perempuan gak kene tindas. Pastu semua org nak kutuk2 si pompuan ni plak. Sebab apa? Sebab korg sume jeles kan.. Biarla org nak kata apa. Kebenaran itu akan terkeluar jugak suatu hari nanti.

    (0)
    • mia says:

      2 la. Si pmpuan ni mmg da salah, Tp yg kesiannye die kene lagi teruk. Sbb ape, sebab die pmpuan kn? aku pelik nape penyiasatn record penggunaan wassup or msg kt telefon x dikeluarkan..

      (0)
  11. mozed says:

    boleh ke bawak ke undang2 sivil bukan utk bukan islam je ke?
    kalau syariah hmm.. tak ke noraida ni yang salah. sbb kenapa layan dah tau ada suami.
    and kemukakan la bukti sms tu.. no owner tu.. kalau berani exposekan lah..

    (0)
  12. abc says:

    pelik lah apasal beriya2 sgt nak bukak pekong.. tak de ke benda lain yang nak ditegakkan keadilan. membuka aib sendiri and aib org lain. skarang kat dunia buka aib sendiri.. blom lagi balasan membuka aib orang lain. ingatlah NORAIDA dan EX HUSBAND PAK AJI

    (0)
  13. Usin lempoyang says:

    Eloklah diceraikan isteri mcm ni… jika dibiarkan dayus namanya sang suami tu!!! kasi jer dia kawen ngan Adi Putra habes citer… hahaa

    (0)
  14. GGRR says:

    Ya,mmg adi byk diamkan diri tp diam lebh baik dr mencanang n buka aib sendiri.lg mengaibkan bila dada sendiri tersembul kuar.xmalu ke???sbgai suami n seorg yg bergelar haji,dia xnmpak ke istri dia secara sengaja telah mengaibkan suami dgn berpakaian sedemikian.dh la xbertudung,dgn rmbut karat n terkeluar aset berharga tu..malu la sket..

    (0)
  15. Buntat says:

    MALU,tu slh satu word yg d rasakan oleh suami Nooraida ni..sebelum ni,suami dia dah dpt terima yg dia minta maaf atas isu skendel ni..masalahnya,si isteri mengaku…si Adi Putra tak ngaku..keeogaan seseorang lelaki lebih tercabar kerana suami ni nak face to face supaya adi putra ngaku betul tak berskendel bagai..n mesti la kena tarbiyah sikit,dah tau isteri org nape nak kacau??u artis mesti tau batas u..tanya kabar sudeyh..taklah sampai exchange gbr lucah..Kes cerai ni menguatkan lagi MALU maruah suami ni..sebab issue baju belah nampak tetek muncul..mcm ni tau
    dia dah sah2 mempertahankan isteri dan nak Adi Putra ngaku..dia pulak pakai baju cam gitu..maybe masa trn kete ngn suami tak nampak kot..masa dah nak pnc dia tarik bawah gown dlm dia kasi nampak tetek..serious,aku kesian ngn pakcik ni..dia baik ngn isteri dia..aku kenal dorang..nooraida ni lawa and muda..sebab tu mcm excited kalau adi putra layan dia..aku rasa before adi,ada org lain jugak kot..tapi kene yg ni kantoi..

    Herm..10 tahun bersama,mewah hidup nooraida ni..pasni kita tengok..after cerai gini..mana2 yg sibuk nak ambik dia berlakon ke,duta ke..memang aku tak sokong..

    (0)
  16. abcdef says:

    rasa yang aniaya isteri dia bukan adi..tapi suami dia sendiri.. senang2 ceraikan isteri padahal sebelom ni kemain pertahankan. so kenapa tak pegi kaunseling dulu sebelom cerai. kenapa cerai kat rumah tanpa kebenaran mahkamah. sbb dia tau kalau kat mahkamah ..hakim tak kan benar kan sesenang je nak ceraikan isteri sbb isteri wajib dilindungi.
    so dia tau dia takan boleh kenakan adi putra now dia buat as if dia dan isteri ada victim .. such as kerana adi, mereka bercerai .. in a way mintak simpati.
    sorry lah.. saya selalu pegi mahkamah bukan senang nak cerai isteri ok.. melainkan awak cerai kat rumah dan byar je denda. tapi sebab musabab x yah kemuka sebab dah cerai nak citer apa lagi..
    this is so fishy..

    (0)
  17. cik kelam kelibut says:

    kalo nak ikutkan dalam Islam, bukak aib sesorg@diri sendiri tu hukumnya jatuh haram even nak bg pengajaran pada org lain..walau org tu dah bertaubat n org tanya “adakah awk masih suci?”die kena jawab “ya, masih suci” coz dia dah taubat nasuha..kita kan tau bila dah taubat nasuha ni, semua perbuatan dosa kita diampunkan Allah..so, disini, cik kelam kelibut nak nasihatla pada diri sendiri n semua, doakan la moga2 nooraida, ex asben n adi putra bertaubat..kita sendiri pon kena taubat..tak mau..tak mau kutuk lagi..hukum jatuh haram ni cik kelam kelibut dengar dr dr.fazilah kamsah tau..bukan saje2..

    (0)
    • kak anon says:

      ye ke?
      sy ni kurang pengetahuan terutama bab menjaga aib.
      ada references tak untuk contoh yg awak bg tu?

      (0)
  18. nok gebuzzz says:

    ni la jadinyer kalo x pandai jaga aib sendiri…last2 tergadai family….kesian kat anak tuh!

    (0)
  19. haha says:

    Kesian suami nya..hrp tabah ye pakcik.

    (0)
  20. 2422 says:

    goyahnye iman..mudahnye lafaz CERAI..agk2nye pk aji ni mmg dh xlarat mlyan kerenah bini dia sblm2 ni…!tup2 trus bg talak..mklum la umur dh mngkat mls nk stress….nsib ko la pmpuan…pas ni cri dato yg mude skit beb..!

    (0)
  21. Olga says:

    Menyampah giler tgk muka pompuan nie…MUKA KAMPUNG!

    (0)
  22. putri says:

    As Salam. put it this way lah, bila kita org melayu yg beragama islam spatutnya rujuk pd org yg lebih arif bab hukum hakam ni.bila kita kurang didikan agama tanpa beriman ini lah akibatnya.semua makhluk Allah mempunyai otak tapi tanpa bfikir bila membuat sesuatu keputusan. Apa guna aibkan diri sendiri dan org lain. Saya x fhm knape wife dia dh ada suami masih nak curang dgn suami org pulak. lastly nak blame adi putra etc2. ridiculous n xmasuk akal.Ini yg dinamakan ikut hati dan nafsu.kerana mulut badan binasa. Well both of u think wisely sbelum nak buat sesuatu kputusan biarlah bijak bkn meraih simpati n popularity like what both of did right now. Rujuk n mohon pd Allah. itu lah saja jalan yg tbaik.buang yg keruh ambil yg jernih. don’t drag this for too long. not worth it.what a waste.

    (0)
  23. putri says:

    correction : well both of u think wisely sbelum nak by sesuatu kputusan. biarlah bijak tp bkn meraih simpati n popularity like what both of u did right now.

    (0)
  24. ida says:

    cerai pukol 4.30pagi…dorang tak tidur ke? masa tu kan org tgh sedap tidur….

    (0)
  25. Pau says:

    Si bodoh. .jwapannya ade kat atas ni… abc si bodoh

    (0)
  26. olga attention seeker bitch says:

    Dah puas jadi bahan kutuk 1 malaysia laki dia baru nak ceraikn bini dia yg putih gebu ni !!! Ko Olga bile lagi nak kena cerai ??? bodoh la kalau laki ko olga tak cerai kn ko sbb ko la manusia paling keji selepas pompuan tetek selambak ni !!!!!

    (0)
  27. gayah says:

    gayah sbnarnya simpati dgn ponpuan ni… Dia ni mkin x brp cerdik.. Sbb tu dia buat benda2 tu… Pastu yg laki ni plk suka la melayan ponpuan separuh masak cantu.. Bila dh kantoi semua x ngaku… X pe dik alang2 ko dah malu besar… Ko go all out biar terlondeh habis jantan2 yg main2 kan ko tu

    (0)
  28. batang buruk says:

    kalau tengok dari mula citer pompuan ni, dia yg mula dulu add AP. konon peminatla kan… lepas tu sbg lelaki yg lemah iman pastinya AP pergunakan peluang yg ada.. yealah sapa taknak tengok/peduli kuih yg jatuh..cuma makan memang tak mau, sebab dah kotor..

    (0)
  29. mamat 2 says:

    Tahniah pada semua yang mengutuk. Korang dah dapat syer masing2 menyumbang kepada keruntuhan sebuah rumahtangga yg dibina 10 tahun dan menyebabkan seorang anak terpaksa berpisah antara ibu & ayah. Yang tulah korang akan bawak sampai mati & dihisab kelak.

    (0)
  30. Aidot says:

    Kesian nyer ko Aida.Kt luar blambak kes skandel mendel laki bini org,tp rami yg tak peduli.nasib ko terkene c ADIPUTRA smp musnah pkawinan 10 thn kau.Ramai yg cerca kau padahal its take two to tango.

    (0)
  31. apam says:

    dalam gambo kemain le cun muka si aida ni..slim melim.. hidung mancung..ni sekali keluor pesek pulak idungnya..body ngalah buah pear..

    Nyesal seumur idup si adiputra berskandal ngn pompuan ni. mau termuntah2 ijo dia nengok rope sebenor ko aida. harapkan kulit putih je.toksah le harap adi putra tu ndak kan ko. bersepah org idung mancung dia boleh dpt.

    (0)
  32. stupido nooraida says:

    macam bangga pula suami isteri ini mendedahkan aib sendiri dan aib orang…dah cerai pun nak twit2 memuja memuji suami dia. propa betul

    (0)
  33. kaki tabur says:

    seronok bace komen kt atas2 ni…macam hakim syariah

    (0)
  34. Epalhijau says:

    Dah tahu bini orang, layan jantan naper ? Pulak tu, laki orang jugak, artis leh tu. Ingat apa, orang tu senang senang nak kahwin ngan ko ker ? Tak pasal pasal gadaikan perkahwinan yang 10 tahun tu. Anak pompuan dia paling malu, nasib budak tu kecik lagi. Kalau tak, dah sah sah kat sekolah, orang tahu, mak dia gatal ngan jantan.. Aduhai…. para isteri isteri sekalian,, jagalah maruah kalian… tak kiralah, walau jantan sekacak mana pun muncul..tapi suami korang lagi malu bila orang tahu, bininya tu tak cukup ngan dia sorang….

    (0)