berita

Nora Danish & Nedim Dikritik Gara-Gara Memakai Topeng Ke Jalan TAR

July 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nedim-Nazri

Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, Syawal pula bakal menjelma. Hah! waktu sekarang ni, tak kira siapa, semua sedang sibuk membuat persiapan untuk beraya. Betul tak?

Musim-musim perayaan ni, antara tempat yang menjadi kegemaran atau syurga membeli belah dah semestinya Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Mana taknya, selebriti terkenal pun turun bershopping disana tau!

Terbaru, pasangan merpati dua sejoli, Nora Danish dan Nedim Nazri pun ke jalan TAR. Namun, apa yang pelik, pasangan ini dilihat memakai topeng untuk menutup sebahagian dari wajah mereka.

Screen Shot 2014-07-25 at 12.25.27 AM

Melalui beberapa keping foto yang dikirim kepada kami, Nedim telah memuat naik foto dirinya dan Nora Danish sedang sibuk membeli-belah.

Bagaimanapun, tindakan pasangan ini memakai topeng mengundang rasa tidak senang dikalangan pengikutnya di Instagram. Hinggakan ada yang membuat kesimpulan bahawa Nora dan Nedim sengaja berbuat begitu demi tidak diganggu.

Namun, bagi kami, kalau benar sekalipun mereka berbuat begitu, tak ada salahnya kan? Bayangkan jika korang yang nak membeli-belah tiba-tiba diserbu peminat. Kan dah tergendala perancangan. Kalau tak dilayan, nanti dikata sombong pula.

Kalau korang nak tahu, dek kerana kritikan yang diterima, Nedim tampil menjelaskan bahawa dia dan Nora memaki topeng bertujuan untuk menjaga kesihatan.

Screen Shot 2014-07-25 at 12.29.33 AM

Katanya, ketika itu Nora tak berapa sihat dan dia perlu menitikberatkan soal kesihatan terlebih dahulu. Iya tak ya juga kan. Dengan keadaan jerebu sekarang ini, topeng muka antara perlindungan paling berkesan sekali.

Tak mengapalah Nedim, mungkin peminat tersebut tak berapa nak aware dengan persekitaran sekarang. Apapun, kami nasihatkan, jika tak sihat, tak usahlah mendedahkan diri pada persekitaran yang boleh memudaratkan. Betul tak?

SKIP THIS AD ×