berita

Nora Danish Tinggalkan Nedim Nazri

November 3rd, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-11-03 at 12.43.51 AM

Rasanya semua orang dah tahu bahawa hot mama ni sekarang sedang hangat bercinta dengan Nedim Nazri yang juga merupakan anak kepada seorang menteri terkemuka Malaysia.

Maka, kami yakin bila headline sebegini keluar, ramai jejaka yang melonjak riang sebab kononnya masih berpeluang nak mengorat Nora Danish kan? (kononnyalah).

Screen Shot 2014-11-03 at 12.44.57 AM

Tapi, sayang seribu kali sayang. Kami terpaksa katakan yang Nora hanya tinggalkan Nedim selama 50 minit sahaja. Haha. Gurau je ya cik abang semua. Takkan hari-hari nak serius kan? Lebih-lebih lagi apabila mengalami Monday blues macam ni.

Sebenarnya, menerusi laman Instagram Nedim, Nora dikatakan leka ber’shopping’ sampai sanggup tinggalkan Nedim keseorangan. Siap ada video lagi tau.

Tak sabar rasanya nak tengok pasangan sama cantik sama padan ni melangsungkan hari bahagia mereka kan. Tapi, jodoh kan di tangan Allah SWT. Kalau ada jodoh mesti mereka berdua bersatu kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×