Laman Utama » Berita Terkini

Sudah kecoh dengan cerita bahawa aktres janda paling hot, Nora Danish menerima hadiah berupa sebuah rumah banglo 10 bilik yang bernilai jutaan ringgit daripada keluarga bekas mentuanya. Maka, ramai’lah orang yang mengaitkan berita ini dengan kisah percutiannya bersama keluarga bekas mentua  & Jejai ke Jepun tempoh hari. Ada yang berkata bahawa Nora Danish memang menantu kesayangan mereka, walaupun sudah tiada hubungan yang rapat, namun kehadiran Rayqal sedikit sebanyak mengeratkan hubungan Nora Danish & keluarga.

Tetapi, sebentar tadi Nora Danish menolak dakwaan bahawa dia menerima hadiah rumah mewah tersebut. Dalam satu mesejnya yang ringkas & padat, Nora Danish berkata, “Bila pula I dapat rumah 10 bilik? Pls don’t believe all dis. thank u.

Ehem, tuan punya badan sendiri pun menolak cerita tersebut, sekali gus menolak desas desus menerima hadiah rumah mewah tersebut. Tapi ada logik juga, apa jadahnya Nora Danish nak terima rumah 10 bilik? Macam nonsense gila kan?

Kami pasti, sedikit sebanyak penafian Nora Danish ini dapat melegakan hati aktres Fasha Sandha yang masih kekal sebagai kekasih kepada Jejai.

Selingan, Nora Danish tampil sebagai covergirl untuk majalah Cosmopolitan edisi Februari 2011. Nora Danish mungkin berceritakan soal cinta hasil temubualnya bersama sidang redaksi Cosmopolitan. Siapakah cinta barunya? Nantikan.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.