Norish Karman Derita Lumpuh Separa Badan - OHBULAN!

berita

Norish Karman Derita Lumpuh Separa Badan

October 12th, 2012 | by Noraini Nasir | 5 comments
Kini Trending

Norish Karman dikatakan menerima rawatan ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ kerana mengalami derita kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu. Namun begitu, semangatnya untuk menghabiskan watak sebagai ‘Zainab’ menerusi drama bersiri ‘Julia’ di Slot Akasia TV3 tetap menebal apabila pelakon ini sanggup datang ke set penggambaran sambil berkerusi roda.

Menurut Norish, meskipun pihak produksi faham dengan keadaannya, akan tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai seorang pelakon dia sanggup datang ke lokasi penggambaran ‘Julia’ bagi menghabiskan baki babak lakonannya.

Menyentuh mengenai kesakitan yang dialaminya, Norish memaklumkan bahawa pada Ahad lalu sewaktu menghadiri majlis perkahwinan temannya, secara tiba-tiba dia diserang sakit belakang.

Sebaik sahaja pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam dan merehatkan diri di kamar, Norish tiba-tiba tidak boleh bangun dan berasa separuh lumpuh.

“Sakitnya Allah saja yang tahu. Saya sampai menangis dan ibarat orang lumpuh separa badan. Hendak ke hospital malam itu, saya terfikir hari Ahad dan pastinya kalau ke hospital juga, malam itu dihabiskan untuk ditahan dalam wad tanpa ada rawatan.”

“Justeru, saya putuskan pergi ke hospital keesokan harinya. Sementara malam itu saya hanya bersabar dan menggunakan minyak angin untuk kurangkan kesakitan. Ketika menjalani pemeriksaan, doktor memaklumkan saya mengalami penyakit ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’, jadi saya disarankan menjalani pembedahan kecil” ujar Norish Karman kepada pihak Harian Metro.

5 Comments

  1. sukasuki says:

    ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ tu adalah treatment. NK mungkin mengalami masalah yg biasanya dikenali sebagai ‘slipped disc (juga dikenali sbg herniated, ruptured atau prolapse disc). NK kena kurang kan pergerakan n kurangkan kerja2 mengangkat benda2 berat atau buat kerja2 berat.

    (0)
  2. IHEART says:

    yup..me also 1 week mc sebab sakit cmtu…tkleh angkat benda berat..even driving lelama pn akan sakit..kena kerap p fisioterapi

    (0)
  3. lia says:

    semoga dia cepat sembuh..

    (0)
  4. Usin lempoyang says:

    Sakit juga dtg dari DIA bertujuan utk menghapuskan dosa2 kecil… setiap org akn melaluinya… kdg2 bila kita alpa dgn duniawi, Allah swt menguji kita dgn benda2 mcm ni…

    (0)
  5. Sara Fahiza says:

    semuga NK tabah hadapi ini semua…….kesakitan atau penyakit yg kita rasai itu adalah merupakan kifarah (penebus dosa) utk kita……jadi bila dosa kita telah dihapuskan ….selepas ini jgn sengaja melakukan dosa……..bila dah sembuh kena bersyukur kepada Allah kerana menyembuhkan penyakit kita…….dan hendaknya kia akan lebih dekat denganNya……bukan lagi jauh dariNya…..

    (0)