Laman Utama » Berita Terkini

Kata mereka, perlantikan Ahmad Idham sebagai orang kuat Finas akan menyebabkan conflict of interest kerana beliau juga merupakan penerbit serta pengarah filem yang berjaya. Biasa’lah, penerbit-penerbit lain pun risau filem-filem mereka gagal ke pawagam, dan secara tidak langsung menutup periuk nasi mereka.

Norman KRU, turut tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut dengan menyindir bahawa Ahmad Idham juga boleh melantik David Teo sebagai pengerusi Finas. Kata Norman, “Kalau macam tu biar Finas jadi syarikat Finas Sdn. Bhd. sahaja, lagi senang.”

Kecewa, beberapa orang kuat filem telah menghantar memorandum kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan untuk membantah perlantikan Ahmad Idham sebagai ahli lembaga pengarah Finas.

Pihak mereka masih menantikan jawapan daripada kementerian terbabit untuk tindakan lanjut.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Tuntutan RM200,000 Saiful Apek Terhadap David Teo Dibatalkan