Laman Utama » Berita Terkini

Pelakon wanita terkenal, Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Norman Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini.

Penceraian kali kedua bagi pasangan artis itu disahkan selepas Norman bersetuju melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Norman, 32, bagaimanapun dilihat menitiskan air mata dan terpaksa menenangkan perasaan sebelum dapat membacakan lafaz cerai tersebut.

Melihatkan keadaan Norman, Hakim Syarie menangguhkan sebentar bagi memberikan peluang kepada Norman mententeramkan perasaan terlebih dahulu. – Utusan Malaysia

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.