berita

Nota Lofa Untuk Dibaca Semua, Bukan Untuk Individu Tertentu – Neelofa

May 14th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-13 at 8.20.02 PM

Panas sekitar minggu lalu apabila si cantik, Neelofa didakwa menyelar seorang ‘public figure‘ di dalam sebuah ruangan khas sebuah akhbar terkemuka tanah air.

Tidak lama selepas itu, aktres popular, Fazura pula telah memuatnaik status di laman twitter seakan-akan membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Neelofa.

Artikel Berkaitan: Gelar Public Figure Hipokrit, Neelofa Tempelak Pelakon Terkenal?

Bagaimanapun, Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran program hiburan Hlive! berkata setiap nukilan yang dihasilkan dalam kolum khas tersebut adalah untuk bacaan umum dan tidak tertumpu kepada seseorang individu.

Majlis Pelancaran Parti Hiburan h live-30Neelofa di majlis pelancaran program Hlive!

“Ruangan di suratkhabar tersebut dibuat bertujuan untuk Lofa kongsikan pendapat, pengalaman Lofa. Jadi semua itu adalah untuk bacaan umum.

Mereka beri Lofa untuk tulis apa sahaja yang Lofa nak sebab kolum itu mengenai diri saya dan apa sahaja yang berkaitan. Dalam kolum tersebut Lofa kongsi ilmu, pandangan dan pengalaman Lofa.”

Enggan memberi komen lanjut, Neelofa turut mengatakan bahawa dia lebih selesa sekiranya apa-apa persoalan mengenai kolum tersebut tidak diajukan ketika sesi temubual.

“Lofa prefer untuk anda semua dapatkan update berkenaan Nota Lofa daripada daripada artikel itu sendiri, bukan daripada interview.

Sebab kalau jawab hari ini, akan ada perkara lain yang timbul esok. Malah, ianya juga tidak adil pada wartawan yang pernah bertanyakan perkara yang sama sebelum ini.”

Ditanya mengenai hubungannya dengan Hans Isaac, Neelofa mengatakan bahawa dia kini masih memberi fokus kepada karier dan perniagaannya.

“Perkara mengenai perkahwinan ini lebih baik disuarakan oleh pihak lelaki. Patutnya lelaki yang buat keputusan. Kalau betul, Lofa serahkan pada dia.”

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu bahawa dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan Lofa Lens yang baru sahaja dilancarkan pada 12 Mei yang lalu.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×