Laman Utama » Berita Terkini

Penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.

Sekaligus bertindak sebagai penamat cerita, filem Nurkasih terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd, dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan tiga teraju utama untuk 3 watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton siri Nur Kasih. Penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak sehingga tercetusnya fenomena Nur Kasih di kalangan peminat siri drama di Malaysia. Pada mereka, kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan.

Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.

Filem yang juga membawakan tema cinta sejati ini bakal ditayangkan untuk tontonan umum bermula 19 Mei 2011. Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.





























tak sabar tau! hihi isteri aidil pegi mane?
Demam drama Nur Kasih pada saya telah lama berlalu. Kemunculan drama ini dalam bentuk filem pun sebenarnya tidak menghairahkan saya untuk berkejaran ke panggung. Di sini letaknya tanggungjawab ‘team’ promosi filem ini untuk meraih kembali perhatian khalayak seperti saya. Walau apa pun… selamat berjaya diucapkan… semoga filem Nur Kasih dapat mencetuskan fenomena seperti drama bersirinya.
Setuju dengan pak ya.sekarang dah sejuk dah.tapi la ni, dok tayang kat tv3 balik kul 5 ptg.Nak bagi hangat.
tgk gazet cem penuh ngn emosi je cite ni.. same cem drama die….
anyway…. gud luck to NUR KASIH the movie…!
tengok gambar bawah skali tu… apsal tiz ketawa camtu?? buruk benor jadinye…. keh keh keh
hahaha .. saya pun perasan jua ..
mesti best punye, khabir batia tak pernah menghampakan.
mesti best citer ni…remy memang sesuai belakon watak mcm ni..serius,romantik,feeling, slumber die memang da best..watak dlm filem cun tak brape sesuai la ngn die.tp filem tu best jugak..rindu nk tgk lg…smoga die terus sukses dlm lakonan n x menghampakan..
mane pergi bini omputih die ek?
ko ni tgk nurkasih drama ke x… bini omputih tu kn dh mati…errrr
dulu time nur kasih ni daku dok asrama so xdak tv nak tgk…ni bawu nak tengok balik..ni hah da start ni kat tv3 ni.. tq info..
tk sabar nk tengok… sebab saya masih lagi menyaksikan drama ini di You Tube…berulang2 kali… memang saya asyik dengan ketiga2 watak utama. Tak ketingalan juga dengan watak pembantu seperti Sara dgn Mak Adam dan Aidil. Mereka semua adalah tunjang utama kepada drama ini. Mereka betul2 menghayati watak yang dipegang. Syabas kepada semua team/krew produksi drama ini..
Saya yakin Filem nya juga tetap akan memberikan impak yang besar kepada penonton.
mmg best,…..WAJIB tonton…..
rase2nyer aura nur kasih nie dh kureng dh skrg..rase xteruja sgt nk g panggung..
betol ke 19juta pengikut?? dari mane lg? rakyat malaysia pun baru bape juta..
nak confirm je…
aku pun mmg minat siri ni
bear69 & lyla:bongok tol la korang nie…xkan la korang xtau rakyat malaysia kan ade 27 juta orang semuanye….betol ke korang nie rakyat malaysia hah??????????????kompius ak……
x minat nak tgk..hehe
tak bape minat remy..drama mungkin boleh layan ar..
aku suka pembawaan watak fiz fairuz.
tp adakah cukup kuat utk membawa aku ke pawagam?
tengoklah kalu kawan aku yg suka bangat tu bawa..maybe akan pergi..
tp adoiii.. si kawan tu punyalah kuat berangan.. dia yang berlakon sbg nur aminah sebenarnya..ahaks
Alah lagi best kalau part ayu raudah ditambah dia sweet sangat
saya stuju dgn awak..watak dia dlm ni memg membantu dan ssuai dgn dia..dia dan aidil sgt scocok..knp la dorg matikan watak dia…dia adalah salah 1 watak yg mbuatkan drama ni mjadi menarik…
kesian kat remy…pihak wartawan nk boikot remy…
*bawu pas bace kat fb murai
adam dgn nur ni dpt ank ke dlm movie?haha
hopefully cite ni x meleret2 lah…
“meleret-leret”,,,, that s it.. that s the word i was looking for..
but not the exact meaning.. let me see…i think the word is ‘to suspend’…hrrmmm
drama hari tu dia pospon n pospon..buat kta tertunggu2..suspens..mengharap mcm tu.. kita dimainkan dengan HOPE.. that s it.. HOPE…
kta dibuai dengan ke=inosen=an nur aminah.. pastu di’allure’ dgn ketampanan n kesasaan adam.. its somekind of a slow penetrating sex appeal but wrapped in a solemn approach…so to speak..
macam xbrape nak tgk dah..emm tgk r caner
X SBR RSNYE NK MENONTON..KENA BWK TISU BNYK2 NI..
MIA COMEL, TP KALU SLALU SGT DOK INTEPREM NNTI JEMU GAK, DAH XDER BUDAK LAIN LG KER..KAN RMAI LG YG COMEI2..BOSAN LA PLAK..
19jt? data dr mna bang ‘lebay’
ada adik mia…wajib tonton…google : awan fantasia
bagi sokongkan kepada filem tempatan..filem kite wajah kite..
tgk billboard kat federal highway ari tu….waaaa….pomot kaw2 pya. Nak tgk tak ni? Jom aku banje tiket…..
dh tngok trailer,rse mcm best jer movie nie
nk tgk.nk tgk. mak aku dh siap2 mtak cti dh tarikh tu coz nk ajak aku g tgk wyg.
setuju dgn mus adik mia mmg hbt n bgus dalam lakonan tp kalu asyik dia jer yg blakon tkut peminat boring lak,,, anak buah aku pon comel gak leh ambil belakon hahaha???harap movie nur kasih ni lebih hebat dr drama,,,,,,,suka sgt kat sume team nur kasih anda mmg hebat,
Oh Abang Remy! Walaupun hidung mu kembang, ia tetap menjadi pujaan hatiku! Abang Remy!!!
ape kate astro buat rancangan utk cari bakat utk adik2 yg minat berlakon.
UISH!!x sabo nk tengok
nur kasih Drama yg best mmg nantikan filem ni mesti tonton
Assalamualaik0m..w.b.t
InsyaAllah, kami akn ke panggung utk t0nt0n filem Nur Kasih The M0vie ni..
BARU AKU PERASAN SALAH SEORANG PELAKON MOVIE NI ADALAH PELAKON FILEM PENUNGGU ISTANA. YG BAWA WATAK MINAH “BLURR” TU/ YANG PALING LAST MATI (AKU X INGAT NAMA DIA).. HAHAHA
Ni kalu meletup Nur Kasih ni, ada la nanti profesor-profesor madya yg akan buat filem menyerupai. Yg sedih tak brp nak sedih, seram tak brp nak takut, lawak tak brp nak lucu.
Kalau benar ada nanti, saya cadangkan tajuk nya ‘Nur Kasihan Jarum’
p/s: Heheh.. jgn mare ek. Sekadar teguran membina.
[...] Link Menarik: Fanpage Facebook Nur Kasih The Movie Nur Kasih The Movie : Sinopsis & Behind The Scene [...]
fonomena sungguh cite ni
sampai ada yg letak nama ank nur kasih, nur amina,
apapun cite ni mmg best…………
filem yg penuh dgn konflik persahabatan, perhubungan sesama beradik, kasih dan percintaan serta pengorbanan demi mencari NUR KASIH……….
patut lebih byk tema mcm ni berbanding filem hantu yg terlalu byk dipasaran
mengapa dimatikan watak tambahan, saya paling suka watak adik nur (Ummi Nazeera) dia juga memberikan impak drama nur kasih kat tv3, kan best aidil kawin dengan adiknya
lagu tu tak sesuai la
boleh minta oto graf tak jumpe kat menara berkembar.
Nur Kasih..tidak menghampakan….banyak pengisian di dalam cerita….membuatkan aku berfikir betapa ujian Allah itu cuma sedikit berbanding nikmat yang kita dapat…betul2 memberi impak…. Scene2 yang menarik di Jordan…Subhanallah…selain tu..suke tgk baju2 dan tudung2 si Nur Amina tu..pakai tudung polkadot pon cantekk…huhuhuhu….BEST…
Filem ni bagus dari segi mutu gambar, sudut penggambaran, pencahayaan dan lakon layar.
Kalau banding dengan filem ayat ayat cinta, cerita ni lebih sarat dengan persoalan walaupun temanya biasa sahaja.
rindu kat miasara. cara dia berlakon menarik perhatian sy
Adoi. Sampai sekarang still tak tengok lagi Nur Kasih ni :(
tapi drama lebih dekat dihati hehe
yuppp…5x ak g tgk wayang..bleh smpai 10juta cmnih
berapa ya jumlah kutipan nur kasih?
tak tengok lagi. GRR
xtengok lagi jugak :((