berita

Nurul Wahab Sedih Peminat Bandingkan Bekas Suami

July 8th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nurul Wahab

Penyanyi yang terkenal menerui lagu Kerana Terluka, Nurul Wahab telah melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan segelintir peminat yang membanding-bandingkan suaminya, Eric Depp dengan bekas suaminya yang dahulu.

Menerusi laman blog rasmi penyanyi ini, Nurul telah menyatakan bahawa dia merasa sedikit jauh hati apabila terdapat segelintir peminat memberi respon serta tanggapan negatif terhadap beberapa gambar yang telah dikongsikan olehnya menerusi laman Instagram baru-baru ini.

Minggu lalu dilanda emosi sensitive, dan kesedihan yang amat sangat. Biasalah, manusia ni suka menguji. Naik merajuk juga bila dicaci dan dicerca di laman Instagram yang aku milikki. Ada gambar lama yang aku muatkan. Ada pula yang membandingkan dengan bekas suami dan sebagainya.

Ada pula yang berkata, sebab  kawin mat saleh, terikut-ikut mat saleh. Nak saja aku katakan, aku lebih sexy dan lebih open sebelum aku kenal  mat saleh yang bernama Eric Depp ni. Cuba lihat gambar lama aku dari tahun 2007 hingga 2010. Mungkin ada yang tak berapa kisah masa tu sebab tak ramai rakan artis aku yang berhijab; serta masa tu kalau ada yang mengutuk pun hanya di belakang – belum ada instagram untuk meluahkan kata-kata sinis atau cacian mereka.

Berkongsi lebih lanjut mengenai luahan hatinya ini, Nurul turut menyatakan bahawa, dia tidak kisah sekiranya peminat ingin menegur atau memberikan sebarang nasihat kepada dirinya, akan tetapi ia mestilah mengikut cara yang betul. Bukannya meluahkan kata-kata kesat sehingga mengguris hati mana-mana individu yang terlibat.

Nurul Wahab & suami

Nurul disamping suami tercinta, Eric Depp

Dalam pada itu, penyanyi ini turut menegaskan bahawa, laman Instagram merupakan sebuah medium untuk dia berkongsi foto-foto indah bersama peminat setia yang selama ini banyak menyokong kerjaya seninya dan bukan tempat untuk mereka yang anti dengan dirinya.

Tanya mereka, adakah Islam mengajar sedemikian?  Ada juga yang mengatakan, patutlah mereka tak suka Islam sebab perlu sensitive dan negative serta perlu mencaci orang lain jika tidak menurut cara pemakaian yang disyorkan Islam.

Instagram itu bagaikan satu album gambar yang mahu aku kongsi bersama peminat dan penggemar aku.  Bukannya dengan yang membenci.

Lojiknya, kalau dah membenci, kenapa perlu ikut aku di mana-mana sahaja laman social? Bukan aku sahaja, artis lain juga. Kenapa perlu membuat dosa mengata seseorang artis itu dengan melihat gambar dan menghinanya?

Merujuk perkembangan terbaru, Nurul dan suaminya bakal terbang ke Perancis dan akan berada di negara tersebut selama enam minggu.

Tujuan utama penyanyi ini terbang ke sana adalah untuk mempelajari bahasa Perancis dan dalam masa yang sama ingin merehatkan dirinya daripada sebarang aktiviti seni pada bulan puasa yang akan datang.

Bagaimanapun, disini OHBULAN! sertakan beberapa foto comel Nurul Wahab hamil untuk tatapan anda semua. Untuk makluman, Nurul bakal menimang cahaya mata lelaki pada bulan Oktober ini.

Sumber : Blog Rasmi Nurul Wahab & Instagram Nurul

SKIP THIS AD ×