berita

Nurul Wahab Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

October 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Rumah Terbuka Media Prima-58

Tahniah diucapkan buat penyanyi terkenal, Nurul Wahab yang telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya sekitar jam 10.28 pagi tadi.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Nurul menerusi blog rasminya beberapa minit yang lalu dengan entri berjudul Baby Z is here! Syukur Alhamdulillah.

Nurul Wahab

Dalam pada itu, Nurul turut menyatakan bahawa kedua ibu bapa mertuanya adalah individu yang paling gembira sewaktu menerima khabar gembira tersebut.

Bagaimanapun buat masa ini Nurul masih belum ingin mengumumkan siapakah nama sebenar bayi lelakinya.

Untuk makluman, bayi ini merupakan anak pertama hasil daripada perkahwinan Nurul dan Eric Deep. Sebelum ini, Nurul pernah mempunyai seorang anak, Ayu Nazirah, 15 bersama hasil perkahwinannya dengan Ajai.

Sumber : Blog Nurul Wahab

SKIP THIS AD ×