OHBULAN! - Laman Socialtainment Malaysia

berita

Latest Posts

Shopping Online Pilihan Tiz Zaqyah

July 2nd, 2012 | by Ai | 2 comments
Gaya Hidup

Aktres terkenal tanah air, Tiz Zaqyah merupakan salah seorang artis wanita yang menggemarkan pembelian barangan menerusi online. Jadual penggambaran beliau yang padat menyebabkan beliau tiada masa untuk keluar bersiar-siar ke pusat membeli belah bagi mendapatkan barangan yang diidamkan.

Menurut Tiz Zaqyah melalui portal hiburan murai.com, beliau sebenarnya tidak banyak membeli barangan menerusi online, tetapi sejak akhir-akhir ini beliau gemar membeli kasut menerusi medium ini dan beliau turut menyatakan bahawa barangan tersebut sangat berkualiti. Disamping itu, rekaan kasut yang dibeli menerusi online merupakan rekaan yang berbeza dan menarik.

Dalam galak membeli barangan secara online, Tiz Zaqyah turut melahirkan perasaan berhati-hati beliau, dimana sebelum membeli barangan menerusi online, beliau akan mengesahkan kesahihan blog tersebut terlebih dahulu dengan cara menghubungi pemilik blog tersebut. Selain itu, beliau turut berhati-hati untuk membeli barangan di blog-blog online yang masih baru.

Bagi individu yang turut menggemarkan pembelian barangan secara online, anda boleh mencuba untuk membeli barangan di Zalora.com.my. Di sini anda bukan sahaja dapat membeli kasut yang diidamkan, malah anda turut dapat memborong baju, seluar dan tas tangan mengikut citarasa terkini.

Sumber : Murai.com.my

32 Foto Hi-Res Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Redza

June 29th, 2012 | by Ai | 16 comments
Lensa Insta

Petang tadi berlangsungnya majlis pernikahan antara selebriti Irma Hasmie dan suami, Redza. Masing-masing kelihatan berseri dengan busana rekaan Hatta Dolmat dan juga Ezuwan Ismail.

Jom lihat foto hi-res kedua pasangan mempelai ini.

30 Foto Hantaran Irma Hasmie & Redza

June 29th, 2012 | by Ai | 0 comments
Kini Trending

Bagi anda yang mungkin mahukan idea hantaran apa untuk majlis pernikahan anda nanti, mungkin hantaran Irma Hasmie dan Redza boleh dijadikan rujukan. Mungkin barangkali.

 

Osman Kering Disahkan Meninggal Dunia

June 29th, 2012 | by Ai | 4 comments
Isu & Kontroversi

Sebentar tadi, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah menulis status di akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa Osman Kering telah meninggal dunia sebentar tadi.

Berita ini telah disampaikan menerusi panggilan telefon oleh isteri Osman Kering kepada Zed Zaidi. Osman Kering telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Takziah kami ucapkan pada keluarga Osman Kering. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Update : Osman Kering telah meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang tadi dan sekarang jenazah masih di HUKM dan akan dibawa ke Masjid Najihin Cheras. via Zuan Melodi

Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer Selamat Diijabkabulkan

June 29th, 2012 | by Ai | 18 comments
Kini Trending

Tepat jam 3.55 petang, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.

Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara terdekat.

Pihak lelaki iaitu Redza yang memakai baju rekaan Ezuwan Ismail telah menerima 13 dulang hantaran berupa jam, set mandian, laptop, manisan, kek, kurma, dompet, kacamata, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, sireh junjung dan cincin kahwin manakala Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture telah menerima 11 dulang hantaran berupa jam tangan, kek, manisan, set penjagaan kulit, set mandian, tas tangan, kain, coklat, sireh junjung, wang hantaran dan cincin.

Turut hadir di majlis pernikahan ini termasuklah selebriti Diana Amir, Misha Omar dan Heliza Helmi sebagai pengacara.

Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie akan berlangsung pada 1 Julai, Ahad ini di MAEPS, Serdang jam 8 malam.

Tips Cantik Persis Dato’ Siti Nurhaliza

June 29th, 2012 | by Ai | 2 comments
Trendsetter

Dato’ Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi terkenal dengan lagunya berjudul ” cindai ” pada suatu ketika dahulu. Memiliki aset suara yang merdu membuatkan nama beliau menjadi sebutan ramai hingga ke hari ini. Malah beliau juga sangat bertuah kerana memiliki kulit wajah yang cantik berseri.

Tentu ramai yang ingin tahu serta tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kehalusan dan kemulusan kulit wajah Dato’ Siti Nurhaliza. Pastinya sebelum ini ada sebahagian golongan wanita yang tercari-cari apakah produk yang ┬ádigunakan untuk kulit wajah beliau. Ada juga yang pasti tertanya juga apakah rangkaian produk solekan yang Dato’ Siti gunakan.

Pasti disebalik kehalusan kulit Dato’ Siti ini tersimpan rahsia beliau sendiri. Ikuti beberapa petua yang Dato’ Siti telah kongsikan kepada para peminatnya dalam video yang disediakan ini.

Bagi anda yang ingin kelihatan cantik berseri persis Dato’ Siti Nurhaliza anda juga boleh mencuba beberapa petua seperti beliau. Manakala bagi yang ingin menggunakan produk solekan yang kelihatan kemas dan cantik pula anda bolehlah menggunakan produk keluaran Dato’ Siti sendiri.

Kredit Foto : Youtube

Top Posts This Week