Arkib: Terdahulu

Nash – Sosilawati Pilih Cara Mahkamah Selesai Tuntutan RM1.38 Juta

Dikemaskini oleh M pada January 13th, 2010

No more talk, see you in court!

Nash dan Sosilawati gagal mencapai kata sepakat dalam kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta dalam sesi perbincangan secara baik.

Mahkamah Tinggi Syariah menyaksikan kedua-dua pihak mahu dibicarakan dalam mahkamah dalam soal tuntutan yang amat besar ini.

Sehubungan itu, pihak mahkamah menetapkan Nash sebagai defendan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh bekas isteri’nya. Kes akan disebut di’ mahkamah pada 18 Februari ini.

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

Dato’ Siti Nurhaliza Terima Beg Tangan Louis Vuitton RM40,000

Dikemaskini oleh M pada January 12th, 2010

Sesuai dengan status beliau, Dato’ Siti Nurhaliza menerima sebuah beg berjenama Louis Vuitton sempena sambutan hari jadi’nya daripada suami tercinta, Datuk K.

Beg berharga RM40, 000 adalah erti sebenar kasih sayang Datuk K buat isteri tercinta. Kalau kita imbas kembali, tahun lepas Dato’ Siti Nurhaliza menerima sebuah jam tangan Richard Mille berharga RM200,000. Tahun sebelum’nya pula, beliau menerima kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000.

Secara kebetulan, nilai hadiah hari jadi Dato’ Siti Nurhaliza mengalami depreciation seiring dengan peningkatan usia Dato’ Siti Nurhaliza. Adakah pada tahun hadapan Dato Siti Nurhaliza akan mendapat hadiah yang bernilai kurang daripada RM40,000?

Ne-Yo Live In KL : “Saya Bersedia Berikan 200% Malam Ini”

Dikemaskini oleh M pada January 7th, 2010

Artis antarabangsa, Ne-yo buat pertama kali akan mengegarkan peminat muzik RnB di taman tema Sunway Lagoon, malam ini. Untuk pengetahuan anda, Kuala Lumpur adalah salah satu daripada 2 perhentian bagi kawasan Asia Tenggara untuk jelajah konsert Ne-Yo’s Year of the Gentleman.

Pemenang 9 Anugerah Grammy, baru sahaja tiba di’ Malaysia semalam, telah mengejutkan pihak media dengan kehadiran protege’nya, Jaydn Maria. Penyanyi berumur 24 ini, dibawah label Ne-Yo, Compound Entertainment, sudah pun berjaya dengan hit single’nya yang berjudul Good Girls Like Bad Boys.

Ketika sidang akhbar berlangsung, Ne-yo telah diasak dengan soalan peribadi termasuk andai kata beliau mempunyai teman istimewa. Ne-Yo dengan bijak mengelak soalan tersebut dengan berkata, “A gentleman never tells”.

Konsert Ne-Yo akan bermula pada pukul 8 malam di Sunway Lagoon dengan harga tiket mencecah RM260 untuk Phuture Zone.

Pastikan anda yang telah membeli tiket datang awal untuk mengelakkan kesesakan, parking pun lebih senang dapat. Jumpa kami di’sana!

Musim Artis Kena Pukul : Kerana SMS Rahsia, Azza Elite Dipukul Teman Lelaki Sendiri

Dikemaskini oleh M pada January 7th, 2010

Jam 7 petang semalam, Azza Elite membuat laporan polis berhubung satu SMS yang berbaur ugutan yang di’terima.

Kemudian, polis menerima satu panggilan daripada Azza Elite yang mendakwa dipukul oleh teman lelaki’nya, Farhan di rumah selebriti wanita itu di kawasan Bukit Antarabangsa pada pukul 4.30 pagi.

Ketika polis sampai di’rumah Azza Elite, mereka berdua telah di’bawa ke balai polis & masih bertengkar walaupun sudah berada di sana.

Kerana SMS rahsia, Azza Elite cuba menyembunyikan kandungan SMS tersebut kerana takut rahsia peribadi’nya bocor dan di’ketahui oleh teman lelaki’nya sendiri. Dan kami pasti, itu’lah penyebab’nya.

Mungkin kerana sayang, Azza Elite di’katakan enggan membuat laporan polis berkenaan kes dipukul walaupun sudah di’nasihatkan berbuat demikian.

Kami sedikit musykil, adakah sekarang memang musim artis-artis dipukul selepas fenomena ini dimulakan oleh Remy Ishak dan Ummi Nazeera? PMS- mungkin?

Filem “Old Dogs” : Sertai & Menangi 50 Tiket Wayang Sekarang!

Dikemaskini oleh M pada January 4th, 2010

Mulakan tahun baru anda dengan gelak tawa daripada filem komedi ‘Old Dogs’ yang dibawa khas oleh Cinema Online & Buena Vista (lawat dan katakan hi! kepada mereka). Apa yang menarik, filem komedi Old Dogs ini antara filem komedi terbaik untuk tayangan musim panas di negara barat, dan anda, pembaca OHBULAN! berpeluang menonton filem lebih awal daripada tarikh tayangan sebenar!

Sedikit sinopsis, Old Dogs yang dibintangi oleh pelakon popular John Travolta dan Robin Williams membawa anda menyelami kehidupan 2 rakan baik — watak seorang duda malang yang sedang dilamun cinta (Robin Williams) dan watak seorang lelaki bujang yang sentiasa gembira (John Travolta). Nak dijadikan cerita, kehidupan mereka secara tiba-tiba menjadi tunggang-langgang apabila diberikan tanggungjawab untuk menjaga pasangan kembar kanak-kanak berumur 7 tahun, sedangkan pada ketika itu mereka sedang dilema dengan kesukaran kehidupan.

Pasangan bujang not-so-kid-savvy terpaksa berhadapan dengan realiti menjaga kembar kecil, di mana mereka melayan kerenah kanak-kanak tersebut walaupun tidak mempunyai pengalaman. Namun, di sebalik pelbagai masalah yang menimpa mereka, akhirnya mereka menyedari terdapatnya sebuah kehidupan yang lebih bermakna.

Khas buat pembaca OHBULAN, pihak Cinema Online & Buena Vista sudi untuk menaja 50 tiket wayang secara percuma, di mana setiap peserta berpeluang memenangi 2 tiket wayang. You hear that, right?

*Oh ya, kami perlukan penyertaan segera yang mungkin kerana tayangan adalah pada esok hari!

Maklumat tayangan seperti berikut :

Filem : Old Dogs

Tarikh : 5 Januari 2010 (Selasa) – besok!

Masa : 9.30pm

Bertempat di : Cathay Cineplex Damansara

Syarat penyertaan :

Cara memenangi tiket percuma ini mudah sahaja, anda hanya perlu post tajuk entri ini ke dalam status akaun Facebook anda. Contoh seperti di bawah.

Kemudian, lampirkan bukti dengan email screenshot status Facebook anda beserta namanombor telefon dan kad pengenalan kepada hi@ohbulan.com. Letakkan tajuk email “Menang Tiket Old Dogs” supaya mudah buat kami untuk mengenalpasti penyertaan anda.

Norman Hakim Tak Tahu Malu & Tak Hormat Keluarga Saya – Abby Abadi

Dikemaskini oleh M pada December 28th, 2009

Ibu mana yang tidak terguris hati apabila melihat anak sendiri dieskploitasi dalam gambar-gambar yang melibatkan bekas suami dan pasangan baru’nya. Tetapi itu’lah yang terjadi kepada Abby Abadi apabila 17 set gambar peribadi antara pasangan Norman Hakim (bekas suami) dan Memey Suhaiza mula tersebar di’ internet.

Dalam entri (Close-Up) Pasangan Memey Suhaiza & Norman Hakim Bahagia – How Sweet It Is?, Memey Suhaiza seperti ingin menunjukkan kemesraan antara anak Abby Abadi dengan diri’nya, walhal mereka tiada sebarang pertalian darah.

Adegan mencium pipi Memey Suhaiza yang melibatkan Mohd Danish Hakim, 6, dan Marisa Dania Hakim, 4, walaupun pada lumrah’nya nampak biasa, namun hati manusia siapa yang tahu.

Bayangkan situasi ini, adakah anda rela melihat anak-anak anda keluar bermesra dengan wanita yang pernah menghancurkan institusi keluarga anda? Tidak, bukan?

Dan, insiden ini pasti membuatkan Abby makin naik tahap menyampah’nya terhadap Norman Hakim.

Eh, Apa Kes – Polis Kata, Awal Minta “Layanan Istimewa”

Dikemaskini oleh M pada December 27th, 2009

Kini timbul pula kisah baru, memang kami tabik spring dengan wartawan Mstar.

Dalam entri Sidang Media : Kisah Di Sebalik Serbuan Awal & Scha Di Kelab Malam, Awal ada memberitahu bahawa beliau menerima layanan yang baik daripada pihak polis, terutama’nya daripada Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus.

Lain pula perihal’nya apabila Sharifah Hawariah menjelaskan bahawa ‘layanan istimewa’ itu dibuat atas permintaan Awal Ashaari yang mahu bersembunyi daripada kerumunan pihak media yang berada di luar balai.

Kata Sharifah lagi, kalau diikutkan Awal sudah boleh beredar dari balai polis selepas ujian air kencing’nya didapati negatif, namun beliau meminta untuk tinggal buat sementara waktu kerana takut dengan paparazzi. Sharifah juga memaklumkan bahawa semua pihak menerima layanan yang adil dan berharap pihak luar tidak memandang serong terhadap pihak polis kerana mereka berkhidmat untuk rakyat.

Teruskan Membaca →

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • Mama Murai: *Ralat* bukan MR M tapi —–> MR N tak payah duk promote web hg tue….. cari pelanggan...
  • Mama Murai: Kesian M.. sabar jer lah M… nampak sangat ada yang just mengambil kesempatan kata you tue best.....
  • hohoho: endon memang kepale nenek dia yg peliknyer mcm mana dia bley tau kita pyer citer and lagu padahal kite x jual...
  • aku: btl la mea..ak pn nek png nga dorg nih..duk nk mngata org jer..diri sndri xsdr..bwk2 la muhasabah diri..kurg org...
  • aku: toyol:bagus btul si toyol nih..respect org mcm 2..bt bufday parti anak jmput ppuan sparuh bogel..mgkin org mcm 2...
  • bengang: ape ni oh bulan kate dah kembali??ni still tak update2 pun???ke dah kembali ke rahmatullah?aritu beria2...
  • Reena: Rinduuuuuuuu..rindu serindu-rindunyaaaaa…..( kata dalam hati ada taman..kaaaann). M, biarlah apa pun nak...
  • eyu: tak tahu nak komen macam mana.. tapi elok daripada x bertudung..
  • hahahha: baik distribute je borang miss malaysia utk orng melayu balik…xyah la dorang t’gedik kt...
  • research: apa guna lumba haram…. xder org sanjung…. dunia luar tidak kenal korg…(jaguh kampung...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.