Kami nak propa pun, tiada guna. Al-kisahnya, ada penduduk kampung Kluang yang bermurah hati untuk berkongsi gambar ketika Azwan Ali datang ke kampung’nya untuk upacara merisik. Di’iringi dengan kereta peronda polis, paluan kompang & bunga manggar, termasuk dengan penglibatan 100 orang kampung, memang meriah sambutan majlis “risik” Azwan Ali ini.
Menurut Azwan Ali yang masih mahu berteka-teki, acara merisik itu sebenarnya diadakan untuk menyatakan kesyukuran kepada ilahi. Selain itu, mereka juga ingin beramah mesra dengan penduduk kampung, mengadakan tahlil, bacaan Yassin dan kenduri doa selamat dengan anak-anak tahfiz al-Quran. Teruskan Membaca →

Pwned! Bukan setakat bapa, kedua-dua anak perempuan’nya turut menghadapi pertuduhan yang sama. Mereka dikatakan menggunakan wang haram untuk membeli beberapa hartanah di Perak dan Pahang, membeli produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka.
Datuk Adzhar Sulaiman, penerbit filem “Shhh.. Dia Datang” (yang dibintangi pelakon, Saiful Apek) serta dua anak perempuan’nya dikatakan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di antara Julai 2006 hingga Oktober 2008. Berikutan itu, mereka kalau disabitkan kesalahan akan menjalani hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Disebabkan kerugian yang besar, mahkamah telah menetapkan bon jaminan setiap seorang sebanyak RM1 juta dengan cagaran sebanyak RM150 ribu beserta seorang penjamin.
Datuk Adzhar Sulaiman, pemilik syarikat Noradz bukan sahaja terlibat dalam penerbitan drama & filem. Malah beliau juga menjalankan perniagaan pelaburan, penyewaan kereta dan insurans.
Sumber artikel : Utusan, Gambar : Kosmo
Ini bukan sudah jatuh ditimpa tangga, tetapi seperti jatuh ditimpa treler! Kami amat simpati dengan nasib komposer Sri Bayu yang dikatakan agak malang, sudah’lah sakit, kini timbul pula dakwaan bahawa isteri’nya, penyanyi Erema telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan’nya ke dalam akaun bank sendiri.
Berikutan itu, Mahkamah Rendah Syariah telah memerintahkan Maybank untuk mengeluarkan penyata akaun bank supaya siasatan dapat dijalankan. Menurut Erema, Seri Bayu menerima royalti sekitar RM8000 setahun daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP), dan setakat ini mereka sudah menerima cek berkenaan sebanyak 3-4 kali.
Seri Bayu, pada asalnya boleh memberikan nafkah zahir. Namun, selepas setahun beliau tidak berupaya untuk melakukan perkara yang sama akibat sakit saraf. Sejak itu, kata Erema, beliau cuba menampung kehidupan keluarga dengan menjual barang kemas, menggunakan duit simpanan & duit persembahan’nya. Masalah kewangan yang teruk turut menyebabkan kereta mereka ditarik, sewa rumah juga tertunggak sehingga tuan rumah mengambil barang-barang dalam rumah itu tanpa pengetahuan’nya.
Pada kami, masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Erema masih muda & sihat, manakala Seri Bayu pula sedang sakit & sensitif. Mungkin cinta antara mereka sudah tiada, tetapi sekurang-kurang’nya sifat ihsan dalam diri sendiri jangan’lah dihilangkan.
Sumber berita & gambar : Mstar
Suami kepada Ida Nerina, Shahrin tidak dapat mengawal perasaan marah sehingga melafazkan cerai kepada Ida Nerina. Namun, hari ini Ida Nerina melalui peguam’nya menafikan lafaz cerai tersebut yang difailkan oleh Shahrin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Ida Nerina, buat masa ini tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menjalani rawatan kesihatan (tulang belakang) di India. Manakala Shahrin pula outstation di luar negeri. Berikutan itu, mahkamah telah menangguhkan perbicaraan kes cerai kedua pasangan ini sehingga Januari depan.
Andai kata untuk perbicaraan seterus’nya Ida Nerina masih tidak boleh hadir, mahkamah akan mendengar dan memutuskan perbicaraan kes ini tanpa kehadiran’nya.
Cerita’nya, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida. Shahrin memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan lalu.