Arkib: Terdahulu

(Gambar) Selepas Stadium Runtuh, Awning Berkaca Stesen Bas Di Terengganu Ikuti Jejak Langkah – Haih!

Dikemaskini oleh M pada December 22nd, 2009

stesen bas runtuh

Kisah ini bak drama bersiri Slot Akasia. Keluh kesah orang Terengganu berkenaan isu bumbung stadium Gong Badak yang runtuh tempoh hari masih belum lagi selesai, kini timbul pula dengan masalah awning (penghadang) berkaca stesen bas di Hulu Terengganu (Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang) yang turut mengalami nasib yang sama. Insiden kali ini telah menyebabkan kecederaan ringan kepada beberapa pekerja asing yang sedang bekerja di situ.

“Ketika kejadian saya berada di pejabat tapak pembinaan dan saya terdengar bunyi kuat dari arah terminal itu. Apabila keluar, saya lihat kaca yang dijadikan bumbung penghadang cahaya jatuh dan pecah,” kata penyelia tapak pembinaan berkenaan.

Entah apa punca kes runtuh yang kerap berlaku di Terrenganu. Jangan sampai semua yang terlibat kena mandi bunga! Lagi gambar selepas ini. Teruskan Membaca →

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

Bapa Kepada Siti Sarah & Isteri Muda Diarah Tinggal Berasingan (Pulak Dah!)

Dikemaskini oleh M pada December 22nd, 2009

Kahwin pun salah, tak kahwin pun salah. Begitu’lah yang terjadi kepada Raisuddin Hamzah (bapa kepada penyanyi Siti Sarah) dan isteri mudanya, Siti Fatimah Suberi apabila diarahkan tinggal berasingan buat kali kedua oleh Mahkamah Tinggi Syariah sehingga pernikahan mereka di sempadan Malaysia- Thailand 2 tahun lalu disahkan.

Sedikit kronologi mengenai pernikahan Raisuddin – Fatimah, awal tahun ini Raisuddin berhasrat untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah, tetapi terbantut apabila mahkamah menolak permohonan’nya. Pada 7 April, Fatimah secara sukarela mengaku bersalah bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah di Songkla, Thailand. Atas sebab-sebab keraguan, mahkamah memutuskan Raisuddin faraq perkahwinan (berpisah sementara dengan Siti Fatimah) buat kali pertama pada 17 Jun yang lepas. Teruskan Membaca →

“Bukan Sebab Pihak Ketiga. Please, Get It Cleared & No More After This” – Scha Al Yahya

Dikemaskini oleh M pada December 21st, 2009

Masih tidak habis-habis dengan gossip perpisahan antara Scha Al-Yahya & Fahrin Ahmad, sehingga naik muak kami dibuat’nya. Konon’nya, perpisahan mereka berdua adalah disebabkan campur tangan pihak ketiga. Dalam konteks ini, beberapa hari lalu, Scha & Awal Ashaari dilihat bermain cinta di ruangan Twitter. Antara kandungan mesej berkenaan, Scha memanggil Awal Ashaari dengan gelaran “B” atau nama panjang’nya “Baby”.

Selepas kandungan Twitter itu tersebar, KOSMO pula menyiarkan kenyataan Fahrin Ahmad mengenai perpisahan mereka. Apa yang menarik perhatian, apabila ditanyakan mengenai pembabitan pihak ketiga dalam cinta mereka yang putus, Fahrin Ahmad hanya menjawab, “Saya tak mahu cakap apa-apa. Awak siasatlah sendiri.” (Hurmm, macam ada isu je ni) Teruskan Membaca →

Perang Virgin & AirAsia: Richard Branson Atau Tony Fernandes Bakal Menyarung Uniform Pramugari

Dikemaskini oleh M pada December 21st, 2009

Bukan mudah untuk melihat para jutawan membuat kerja gila. Tetapi ini memang betul-betul terjadi!

Al-kisahnya, kedua-dua jutawan penerbangan, Sir Richard Branson (Virgin) dan Tony Fernandes ( AirAsia) telah bertaruh untuk memakai baju uniform pramugari – Dengan syarat, Lotus F1 mesti menewaskan Virgin Racing dalam perlumbaan akan datang. Manakala, ketua Lotus F1 Tony Fernandes juga akan melakukan perkara yang sama untuk penerbangan Virgin Atlantic andai kata beliau tewas dalam perlumbaan tersebut.

“He has an airline, we have an airline and if we beat him he can come and work on our airline as a Virgin stewardess. We will make sure that the stewardess outfit is perfect. I suspect that he might ask us to reciprocate. I’ll have to check how fetching his stewardess outfits are but I’d be game to do it while totally confident of winning,” said the Briton.

AirAsia boss Fernandes replied: “Bring it on, the sexier the better. Our passengers will be delighted to be served by a Knight of the Realm. But, knowing Richard, the real challenge will be to prevent him from asking our guests ‘coffee, tea or me?’ That would be scary,” he said.

Begitulah kisahnya dengan kerja gila jutawan penerbangan. Tapi dalam aspek lain pula, kami melihat perkara ini sebagai promosi yang amat dinanti-nantikan oleh peminat F1 mahupun penumpang AirAsia & Virgin Atlantic. Cuma kami tidak boleh bayangkan, bagaimana rupa Tony Fernandes apabila menyarungkan uniform Virgin Atlantic?

Sumber artikel : Paultan.org

10 Artikel Paling Sensasi Di OHBULAN Sepanjang 2009

Dikemaskini oleh M pada December 21st, 2009

Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2009 yang penuh kontroversi ini akan tamat. Di’ambil dari statistik Google Analytic, kami berjaya menyenaraikan 10 topik yang mendapat tumpuan pembaca.

  1. Rindukan Fasha Sandha? Ini Gambar Fasha ‘Paling Dalam’ Sebagai Ubat
  2. (Gambar) Lana Nordin Yang Mereka Gelar ‘Pamela Anderson Malaysia’
  3. (Gambar) Anak Datuk K & Sophia Berpangkuan Atas Sofa
  4. (Gambar) Isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif Pula Bersosial
  5. (Gambar) Hangat Sharifah Jasmine Soraya Peserta Gadis Melayu Cium Mulut Sesama Jantina
  6. (Gambar) Imej Gadis Melayu Baik Scha al-Yahya Berakhir Di Sini
  7. (Gambar) Panas Aliff Aziz Bercium Dengan Gadis Bulu Lebat
  8. (Gambar) Linda Jasmine, Sudah Kahwin Pun Masih Tegar Tayang Aset
  9. (Gambar) Akma Hisyam: Aktress Panas Drama ‘Di Bawah Ketiak Isteri’
  10. (Gambar) Nora Danish Hot Mama Bersosial Bersama Rakan

Apa yang boleh kami simpulkan, rata-rata pembaca OHBULAN! lebih mengemari topik yang berkaitan dengan artis wanita, penuh dengan cerita kontroversi, dan aksi nakal.

Untuk carian kata kunci, Fasha Sandha mengonggoli tempat pertama dan sekaligus dinobatkan sebagai artis paling kontroversi tahun 2009.

Kes Pukul Ummi Nazeera : Surat Terbuka Ibu Kepada Remy Ishak

Dikemaskini oleh M pada December 20th, 2009

Surat ini sedikit sebanyak dapat membukakan mata buat anda yang membela Remy Ishak di dalam artikel kami yang bertajuk (Gambar) Bukti Remy Ishak Libas Ummi Nazeera – Lelaki Paling Dayus Of The Year. Apa yang ingin kami highlight-kan, lelaki sepatut’nya tidak wajar mengasari wanita. Andai kata wanita tersebut bersikap kurang ajar, jangan dipukul, tapi lebih baik ditinggalkan sahaja. Bukan sahaja anda tidak memegang gelaran dayus, tetapi lebih tampak kool di mata wanita lain. Pada kami, lelaki yang berpegang pada prinsip memukul wanita adalah penyelesaian masalah yang terbaik, adalah sangat tidak kool! Ikuti surat terbuka ibu Ummi Nazeera kepada Remy Ishak selepas ini. Teruskan Membaca →

“Kami Sudah Berkahwin, Hormati Privasi Kami” – Bung Mokhtar & Zizie Ezette

Dikemaskini oleh M pada December 20th, 2009

Baru sahaja kelmarin, Bung Mokthar menafikan gossip perkahwinan’nya dengan Zizie Ezette. Sampai sanggup mengaku diri’nya tidak kacak untuk Zizie Ezette. Lain pula cerita’nya hari ini

Akhbar NST melaporkan Bung Mokhtar akhir’nya mengaku bahawa diri’nya sudah pun mengahwini selebriti Zizie Ezette. Kami pun pelik, bukan kah lebih mudah untuk Bung Mokthar bersikap lebih jujur pada peringkat awal? Ada 2 senario di sini, pertama, Bung Mokhtar ingin menjaga hati keluarga isteri’nya yang lain. Kedua, desakan daripada pihak keluarga Zizie Ezette yang tidak mahu lagi menyorokkan keadaan sebenar.

Buat masa ini, Bung Mokhtar masih berada di luar negara, tapi menafikan percutian bulan madu’nya bersama Zizie Ezette. Kata’nya, beliau bersama dengan anak-anaknya.

Apabila ditanya’kan mengenai majlis resepsi, Bung Mokhtar berkata ” Masih menunggu masa yang sesuai, saya akan anjurkan majlis.”

Zizie, apabila dihubungi, berkata yang diri’nya menghormati keputusan Bung Mokhtar yang mengaku akan perkahwinan mereka.

Cerita lain pula, pihak media cuba menghubungi isteri pertama Bung Mokhtar, Datin Nor Asidah Alimuddin. Tetapi gagal. Ada yang mengatakan bahawa Datin Nor Asidah sudah pun bertukar nombor telefon dan gagal dihubungi sejak beberapa hari yang lalu.

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • c0ldblod: jgn dok selak kain orang…kain sendiri terselak.. hmm…yang komen pandai sangat ker? beriye2...
  • Fatina Aziz: tak baik cakap macam tu ya. setiap org ada rezeki masing2… tidak rugi jika kita doakan semoga siti...
  • Fatina Aziz: diharapkan Siti terus bersabar dan terus berusaha untuk hamil. jangan give up ya Siti.. saya pasti...
  • fauziah: ko ni mmg x sdr diry btollah..TIZZZZ ZAKYAH ..KO 2 DAHLAH bsuk haty ado haty nok ko owng...
  • lost guy: Apape pun..mntk maaf kepada mawi atas nasihat ni. Jgn pergunakan agama untuk tujuan duniawi, Sebaliknya...
  • lost guy: Memang benar tak sempurna iman sehingga mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Tapi dah...
  • Mama Murai: *Ralat* bukan MR M tapi —–> MR N tak payah duk promote web hg tue….. cari pelanggan...
  • Mama Murai: Kesian M.. sabar jer lah M… nampak sangat ada yang just mengambil kesempatan kata you tue best.....
  • hohoho: endon memang kepale nenek dia yg peliknyer mcm mana dia bley tau kita pyer citer and lagu padahal kite x jual...
  • aku: btl la mea..ak pn nek png nga dorg nih..duk nk mngata org jer..diri sndri xsdr..bwk2 la muhasabah diri..kurg org...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.