berita

Pamer Aksi Nakal & Menggoda, 2NE1 Bikin 4000 Peminat Histeria!

May 27th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

IMG_1131

Fenomena K-Pop bukanlah satu perkara asing di Malaysia. Malah, genre ini telah berjaya membentuk kelompok fanatik yang kebanyakannya terdiri daripada remaja belasan tahun.

Namun, kunjungan kumpulan 2NE1 di2014 2NE1 World Tour All Nothing’ pada hujung minggu yang lalu telah membuktikan bahawa K-POP turut diminati oleh golongan dewasa!

Dibanjiri lebih 4,000 orang penonton, kumpulan 2NE1 yang terdiri daripada CL, Dara, Park Bom and Minzy dilihat telah memukau peminat dengan aksi mereka yang nakal dan menggoda.

IMG_1258

Antara aksi 2NE1 di Stadium Kuala Lumpur hujung minggu lalu

Bukan sahaja berkebolehan untuk menari dengan lincah, malah 2NE1 juga mampu mendendangkan lagu dengan baik dan membuatkan para peminat langsung tidak berganjak sehingga tamat konsert.

Walaupun mereka tidak tampil terlalu seksi seperti kebiasaan, persembahan yang bermula pada jam 7.30 malam di Stadium Negara Kuala Lumpur ini dilihat mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para penonton.

IMG_1355

2NE1 turun ber’buai’ di pentas! Comel!

Memperdengarkan barisan lagu popular mereka seperti ‘Crush’, ‘Missing You’, ‘If I Were’, dan ‘Comeback Home’ , persembahan 2NE1 turut diiringi dengan props dan showmanship yang penuh bergaya.

Untuk makluman semua, 2NE1 pernah muncul buat pertama kalinya di Malaysia pada Mac 2013 untuk konsert ‘Twin Towers Alive 2013′ di Plaza KLCC. 

Anda tidak berkesempatan untuk turut serta di konsert tersebut? Apakata mari kita lihat galeri foto sekitar konsert ‘2014 2NE1 World Tour All Nothing’ di bawah!

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×