berita

Panas: Khairul Fahmi Kini Bercinta Dengan Gadis Kelantan Baru Bernama Leuniey?

February 3rd, 2012 | by Ell | 15 comments
Isu & Kontroversi

Panas: Khairul Fahmi Kini Bercinta Dengan Gadis Kelantan Baru Bernama Leuniey?Tak habis dengan pelbagai kontroversi, kali ini Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dengan panggilan Apex sekali lagi dituduh bercinta dengan gadis lain.

Kali ini lebih panas dan lebih hangat, menurut sumber yang telah membuat akaun Twitter bernama @MahsiH2 telah menghebahkan pelbagai cerita mengenai Apex di laman Twitter-nya sejak semalam. Antara tuduhan yang dibuat ialah Apex telah memutuskan hubungan dengan Dahlia Teck dan kini bercinta dengan seorang gadis bernama Leuniey.

Difahamkan gadis bernama Leuniey ini adalah tunangan orang dan selepas dua minggu bertunang, Leuniey telah memutuskan ikatan suci ini semata-mata hanya untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada penjaga gol paling macho Malaysia, Apex.

Panas: Khairul Fahmi Kini Bercinta Dengan Gadis Kelantan Baru Bernama Leuniey?

Tapi siapa tahu kan, mungkin ini semua hanyalah kontroversi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Apex. Namun, jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Tidak mahu menuduh siapa-siapa, ini adalah gambar wanita yang dikatakan oleh @MahsiH2, jika anda kenal gadis bernama Leuniey ini maka anda bolehlah tolong sahkan untuk kami ya.

Panas: Khairul Fahmi Kini Bercinta Dengan Gadis Kelantan Baru Bernama Leuniey?

Cantik juga gadis ini kan? Menurut @MahsiH2 yang kami yakin adalah orang Kelantan berdasarkan pertuturannya didalam akaun Twitter, Apex dikatakan selalu keluar bersama Leuniey dan dilihat oleh orang ramai.

Panas: Khairul Fahmi Kini Bercinta Dengan Gadis Kelantan Baru Bernama Leuniey?

Hairan juga kami, begitu ramaikah wanita yang menggilai Khairul Fahmi si penjaga gol negara kita? Tidak tahu lah benar atau tidak sehinggakan Leuniey sanggup putus tunang untuk Khairul Fahmi. Kami akan cuba hubungi Dahlia Teck untuk kepastian samada mereka berdua sudah berpisah atau belum.

Namun jika anda turut mengenali siapa @MahsiH2 atau Hisham jika diterbalikkan namanya, pun turut boleh beritahu kepada kami ya!

Update Terbaru

Dari komen yang kami terima dari pembaca, seorang pembaca bernama Thanatos telah memberitahu bahawa Leuniey sebenarnya telah putus tunang selepas 1 bulan dan ia disebabkan masalah peribadi.

DEAR OHBULAN,
minta maaf ye saye nih ade kenal jugak family leuniey.HARAP MAKLUM SETAHU SAYA LEUNIEY NI BUKAN BERTUNANG SELAMA 2 MINGGU,TTPI PUTUS TUNANG SLPAS 1 BULAN,DAN MSLH PERIBADI..SOO STOP BULLSHITTING HER,I KNOW HER FAMILY BACKGROUND.tq

Oh, 1 bulan rupanya, 2 minggu tambah 2 minggu, cukuplah 1 bulan. Masalah peribadi? Bukankah isu ini memang sudah termasuk dalam masalah peribadi? Atau ada yang lebih peribadi dari isu ini ke? Hairan hairan.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

15 Comments

  1. saya says:

    ye ker???

    (0)
  2. mdmhayati says:

    berat 66

    (0)
  3. esah says:

    mcm2..

    (0)
  4. mutiara says:

    kesian apek, biarla dia..

    (0)
  5. noty says:

    cantik la tino ni….

    (0)
  6. dazia says:

    wahai ohbulan,

    saya harap dapatlah kiranya ohbulan menghentikan citer panas pasal apek ni… apa dia nk buat tu, biarlah sbb itu hak dia… ohbulan kena ingat, dia ni goalkeeper Malaysia, sedikit sebanyak berita2 cam ni mengganggu prestasi dia sewaktu bermain. yang rugi, team Malaysia jugak… kita jugak rugi… so saya pohon ohbulan hentikan lah berita2 panas pasal dia… biar dia dengan life dia… yang penting dia dapat jaga pintu goal kita dengan selamat. bola sepak kita dah la baru nak naik semula prestasinya. jgn la sebab2 camni semangat mereka runtuh… buruk baik biar dia yg tanggung… ok. harap jgn ada yang marah ye… hanya pandangan peribadi sahaja… Wallahualam…

    (0)
  7. sy bkn nama sebenar says:

    Org yg create akaun twitter tu rsnye bekas tunang si bdk cantik ni agaknye geram atau sakit hati laa tu wt fitnah mcm2..drp melayan gossip murahan mcm ni baik laa kite sama2 berselawat ke atas junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W….semoga mereka yg menabur fitnah tu diberi kesedaran oleh Yg Maha Kuasa..xpyh laa nk diikutkan sakit hati tu, ikut hati mati…ikut rasa binasa..kalo btol sila kemukakan bukti..gambar si cantik ni ngn apek.yg ko tunjuk gambar die ngn laki lain wtpe?huhu..Selamat Menyambut Maulidur Rasul ye semua…. ;)

    (0)
  8. bini cuore says:

    ni bekas tunang minah ni kot…cer terbalikkan name die jadi HISHAM..

    (0)
  9. aeins says:

    hai…x abis2 lg citer si apex nih…lantak la dia nak bercinta ngan sapa pon……..dah bosan dengor citer dia……….sudah2 la tuh…….

    (0)
  10. thanatos says:

    DEAR OHBULAN,
    minta maaf ye saye nih ade kenal jugak family leuniey.HARAP MAKLUM SETAHU SAYA LEUNIEY NI BUKAN BERTUNANG SELAMA 2 MINGGU,TTPI PUTUS TUNANG SLPAS 1 BULAN,DAN MSLH PERIBADI..SOO STOP BULLSHITTING HER,I KNOW HER FAMILY BACKGROUND.tq

    (0)
  11. aku says:

    pitih banyok,tino keliling pingge la weh

    (0)
  12. neena says:

    Dlm hal ni jgn dok slh kn apek tp tino tu la slh…dh tau ada tunang nape nk g dgn jntn lain…adakh krn apek tu glamor,byk duit jd tino2 smua ni dok pakat himpit dia…

    (0)
  13. x kfcm says:

    KFCM mmg patut direjam..
    Dh glamour mula ambil kesempatan keatas wanita

    (0)
  14. nzayu says:

    hmm mcm2 lah kharul fahmi nie…mkin menjadi2..yg ppuan pun same gak, kalu bertepuk sebelah tgn xkn berbunyi..same2 sukelah nie…

    (0)
  15. anticurang says:

    tak habis-habis bodoh apek ni…….

    (0)