
Polis menembak mati dua perompak warga Indonesia tengah hari semalam, kira-kira lapan jam selepas mereka bersama dua lagi rakan merompak rumah ibu penyanyi terkenal, Mawi atau Asmawi Ani di Felda Taib Andak, di sini.
Empat lelaki dipercayai berusia antara 20 dan 30 tahun bersenjatakan parang, memecah rumah ibu Mawi, Teratak Bonda, kira-kira jam 4 pagi semalam, dipercayai melalui pintu belakang sebelum melarikan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM8,000.
Ketika kejadian, terdapat sembilan orang di rumah berkenaan termasuk ibu Mawi, Ramlah Sarlan; kakaknya, Rashidah Ani, 38; suami Rashidah, Sahrom Saji, 40, serta tiga anak; adik Mawi, Asmidah Ani, 22, dan dua anak saudara penyanyi itu.
Bertindak atas maklumat berkenaan, polis menubuhkan satu pasukan khas terdiri daripada anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya bagi menjejaki kumpulan perompak terbabit.
Difahamkan, usaha menjejaki kereta perompak terbabit berhasil, selepas polis mendapat maklumat orang ramai bahawa ada sebuah kereta mencurigakan masuk ke ladang kelapa sawit, Ladang Fraser yang terletak kira-kira lima kilometer dari Felda Taib Andak.

Berikutan itu, pasukan polis mengepung kawasan berkenaan, dan mengarahkan empat perompak terbabit menyerah diri tetapi mereka bertindak menyerang anggota polis mengakibatkan dua daripada mereka ditembak mati manakala dua lagi berjaya meloloskan diri.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, berkata dua perompak yang ditembak mati dikenali sebagai Marwa, 30, dari Mataram, Batam dan Roni Aslah, 29, dari Tanjung Pinang.
“Mereka masuk ke Johor menggunakan pasport sah masing-masing pada Jumaat minggu lalu serta Khamis lalu, dan kereta yang digunakan perompak ini, jenis Proton Waja dilaporkan dicuri di Taman Pelangi, di sini, Oktober lalu,” katanya.
Jalaludin berkata, polis turut menemui sebahagian barang kemas disamun dari rumah ibu Mawi dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyamun seperti kuku kambing, pemotong besi dan pemutar skru.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 dan 395 Kanun Keseksaan dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan dua lagi perompak yang dipercayai masih berada di sekitar Kulaijaya.

Sementara itu, Rashidah yang sedang mengandung lapan bulan ketika ditemui berkata, mereka sekeluarga melalui detik mencemaskan selama kira-kira 10 minit.
Beliau berkata, kepalanya serta ibu, Ramlah diketuk beberapa kali selain rantai dan gelang mereka diragut salah seorang perompak terbabit.
“Saya tidur di tingkat bawah bersama dua anak, manakala ibu di bilik lain di tingkat bawah terkejut apabila mendengar bunyi bising dan mendapati terdapat empat lelaki di dalam rumah, berpakaian ala ninja sebelum salah seorang daripada mereka bertindak mencekik leher bagi mengelak saya menjerit.
“Bagaimanapun, saya terjerit kerana ketakutan menyebabkan kepala saya diketuk sebanyak tiga kali dengan ulu parang sebelum saya terus memeluk anak dan meminta mereka (anak) juga tidak membuat bising,” katanya.
Beliau berkata, rantai dan gelang diragut dalam kejadian itu sebelum salah seorang daripada perompak terbabit memasuki bilik Ramlah lalu mencekik serta merampas rantai dan gelang.
“Suami yang tidur di dalam bilik di tingkat atas kemudian keluar dan ketika menuruni tangga ternampak perompak terbabit menyebabkannya lari semula ke atas sebelum salah seorang daripada perompak mengejarnya ke dalam bilik,” katanya.
Sementara itu Mawi ketika dihubungi selepas selesai perlawanan Liga Futsal HotFm 2009 di Sabah petang semalam mengakui panik dan bimbang sebaik diberitahu mengenai kejadian yang menimpa keluarganya.
Mawi mengakui kejadian berkenaan bukanlah yang pertama kali, sebaliknya sudah masuk kali ketiga sejak sebelum bergelar juara Akademi Fantasia 3 lagi.
“Memang kejadian kali ini agak menakutkan dan ganas kerana penjenayah bertindak lebih berani menggunakan senjata selain bertopeng,” tambahnya yang berbangga atas kecekapan polis menumpaskan dua daripada empat penjenayah berkenaan kurang daripada 24 jam selepas kejadian.
Sumber berita : Berita Harian


aduhai…… mana x kena rompak…. semua org tau bape bnyk harta kat dalam tu…. dah kuar tv kan….
TAHNIAH POLIS DIRAJA MALAYSIA!!! SAYA BANGGA DENGAN KETANGKASAN ANDA… SAYA CADANGKAN ANGGOTA PDRM YANG MENJAYAKAN OPERASI SEBEGINI DIBERI KENAIKAN PANGKAT DAN DIKURNIAKAN BINTANG DARJAH KEBESARAN…
SYABAS PDRM!!!
Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi…
Andai kata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara, kami mohon doa…
MALAYSIA BERJAYA…
” semangat patriotik, sejak dapat pr Malaysia….
ahahah…………. seb baik perompak dia indon. kalau perompak dia cina ke india ke mau mengamuk diorang kata polis kejam tembak sampai mati. kalau melayu semua terima sebagai balasan kejahatan. sori la sound macam racist tapi ni la realitinya. kalau kaum lain kena tembak bising NGO diorang. mungkin kalau perompak diorang kena bagi cium peluk aje bole. kalau tembak dia kata kekerasan polis pulak
LOWL
stuju sangat sangat ngn kooooooo…..
tks menyatakan kebenaran tu wlupun pahit..
alamak Obe…tak sangka ko pon pikir camtu gak..ingatkan aku jer…huhuhuhu…aku suka statement ko ni…
yah.. realiti beb…… rempit mati kena kejar pulis ada tak UMNO bising kata kejam? aku ade tengok polis tahan motor rempit dengan cota. melayang rempit tu.. aku gelak je. pasal mmg salah rempit tuh. hahaha. cuba kalau rempit tu bangsa lain…..siap la……DAP first bising
memang betul la brader
dap memang suka buat kecoh
takde kaitan lah korang ni. if yang merompak tu cina or india sama gak, takde orang nak melalak melolong. yang kes along tu ramai cina, ade ke dap melalak melolong? yang salah tetap salah. kes yang baru ni tak tahu lagi siasatannya, kenapa korang pulak yg melalak melolong??? takut ke?
sempit jugak pemikiran korang semua ni . haha.
ada ker polis pukul ngan cota kat ah long tu…?
tak de…kan.!!!! cuba ader diorang dulu ( DAP -WTF! ) yg melalak melolong.
To,” korok hang” lu memang KOROK ler..! ada otak pikir bro bukan main terjah Terkorok jer…
asik buat hal je indon ni
antar balik je yang mane xde keje tu
aku pun dah naik berang ngan mat indon ni..lagi-lagi kes merompak,membunuh dan mcm2..duk kat umah sndrk pun tak tentrm..manalah tau kan…(aku pun takut nak tulis kt cni)..dahlah ddk umah dgn anak2 aje..suami bertugas kat luar bandar…Semoga Tuhan sentiasa melindungi drpd perkara2 begini.AMEN.
betul 2 anta balik
good work…
tahniah tuk polis!
memang diorang cari pasal betul la..
khas tuk indon: 2la len kali jgn panggil kitaorng MALINGSIA skang terbukti ngan jelas sape “MALING” yg sbenarnya……………..
Terima kasih pak polisi…. mereka ini mungkin melakukan jenayah dinegara kami… semanggat serumpun yang positif begini dalam membasmi lanun-lanun dan pelanggar undang-undang dua negara…
Terima kasih Malaysia..
3 kali?nape x hire security guard ke sape ke.tsk3~
dhla ramai org dok kt umah tu v.v
nape lah leh jadi cam ni…
ni msti kes dh usha lama nih…
tu lah kan bawak2 lah muhasabah mawi oiiii….
dh buat umah tuk mak ko siap bgtau budget g…mana org tk aim….
yg susah mak ko gak…apa ra…
mujur tk jd apa2 pd mak ko…cian kan mak ko je…ko tu leh blah r ngn bini gedik ko tuh….
indo memang celaka la
lain keja tak ada merompak , menyamun memang keja diorang
bagus haklau balik semua indon2 lagi bagus la
harap polis cepat2 cari lagi 2 ekor tu
tembak saja bagi mampus terus
Tak penah dgr lagi org Msia merompak kat Indon…
org msia g indon ‘merompak’ pompuan jerk…
kehkehkeh
Sarah,Perompak Msia mmang tak ada dIndo tpi pemBom ada bhkan lebih kejam krn tlah mmbunuh bnyk orng yg tak brdosa
allah bg rezeki, allah jua yg berhak menarik..
semuanya atas ketentuan Allah…
whatever.jgn kutuk negara laen disini.plz.nnt i ban br tw.haha..pesanan dari TOM myspace.
ya betul, simpan dlm hati jer dahlah. semua pun tahu, tak pasal perang mulut ngan org seberang.
Biaselah hidup ni…kite akan sentiasa d uji olehNya….mngkin ni ujian bg Mawi & keluarganye…hrp2 tabah mnghadapinya…
AIK… baik punya pose MAWI? ko nampak HEPI semacam jer… takkan suker kot?
mcmni punya publisiti pun ko sengeh bagai nak RAK… KOMPIUS AKAK!!!
kak jah, tu gambar archive..bkn nye pose exactly after the incident..mawi bkn ade pun kat jhr masa tu..kan dia men futsal..
org cami kena slow talk, baru dia faham,..
bab mcm gua tk gemar sket….p cari kijer lain lah..nk nyamun umh org asal….
ala kalu tk cam ni abg2 cop kt luar tu tk de keje ler…hehehe
alah plis umh mawi sibuk r nk tngkap prompak2….klu umh org lain……apa2 pn tahniah r…..
nasib ko le perompak…
tak pasal2 mati katak….
kalau yasmin nak gak aku sedekahkan alfatihah…
CAPRIC, tak tahan aku baca komen kau…
Kalau kena tembak tepi jalan, mesti kena gelek sekali dua sbelum panggil ambulan, hahahahah
Tahniah pada pihak Polis yg berjaya menembak mati 2 penyamun tarbus Mat Indon ni.Bukan stakat Di Felda Taib Andak saja dalam ketakutan, tetapi di seluruh Felda di daerah Kota Tinggi pun mengalami keadaan yg sama.Dulu jarang sekali dgr rumah dipecah masuk.Sekarang ni hari2 boleh dgr cerita rumah di pecah masuk..Dan majority adalah mat2 Indon ini yg menggunakan ilmu pukau dan hitam.
Nama Mawi glamour sampai penyangak pun boleh tahu rumah dia..Mesti cari dalam internet ni gambar rumah Mawi…